Monday, February 28, 2011

Apam Dot-dot

resepi yang sangat mudah.. rajin dengan tidak aje..hahha
saya nak kongsi cara-cara membuat apam polka dot-dot ni..sebenarnya lagi menarik dan "nikmat" kalau dikukus dalam cup yang kecik2 tu.. tapi..hahhhh... x rajin la saya... penat ulang alik ke dapo nak picit adunan sikit2 ni..hahha.. 

Bahan2nya:
3 biji telur - dari peti sejuk
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus - saya kurangkan sikit
150gm susu segar
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovallete
Filling blueberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag)- saya guna mix fruit
sedikit esen vanilla
beberapa titis pewarna- saya guna hijau dan oren


Cara-cara

Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit.
Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.
Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.
Picitkan blueberry filling secukupnya.
Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan.
Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit.
siappppppppppppppp!!!!!
senangkan???

Tepung Moist Choc Cake

Saya ada jual tepung kek segera. sebagai permulaan, saya berjaya menghasilkan Tepung Moist chocolate cake saya tersendiri.. sesape yang berminat mencuba atau menjadi agen kecil2lan saya boleh hubungi saya ye.. 012-9945629. Saya akan pos ke destinasi anda secara Pos laju.. sehari dah boleh sampai dan dalam masa 1 jam anda boleh menikmati kek choc moist yang sungguh sodapppp!!! nyummmmm...cuma anda perlu tambahkan 3 bahan yang mudah didapai di rumah.. Mudah, Cepat, Lazatttt!! itulah matlamat saya..
Harga??? mmm..murahhh sangat2. 
Kalau anda beli 1 paket - RM15 bersamaan 650g
Beli 2 paket RM28..termasuk postage.. so, anda masuk duit ke akaun saya hari ini, esok sy pos, lusa dah boleh sampaii.. no poblem punye.. 
inilah hasil dari tepung cake ini... 
cepat2 msg atau hubungi sy di talian : 012-9945629 (ainz)

Saturday, February 26, 2011

Masjid Istana Pasir Pelangi JB

Asyik-asyik blog walking cerita tempat perlancongan dan makanan aje.. so, ada baiknya juga kalau saya cerita tentang tempat ibadah untuk orang2 Islam yang dikenali sebagai Masjid..hahha..alamakk..macam skema jek ayat.. baru ni lepas makan asam pedas yang paling sedap di JB, saya dan hubby pegi jalan2 n singgah solat di Masjid Pelangi JB. ia juga dikenali sebagai Masjid Istana Pelangi Johor Bharu yang terletak kira2 0.6km dari Royal Polo Club dan 0.5km dr Istana Tengku Mahkota Johor.
Rekabentuk masjid ini adalah hasil daripada ilham Major lomak iaitu salah seorang pengiring sultan yang kerap mengiring sultan membuat lawatan ke luar negara. manakala kontraktornya pula seorang warga Singapura yang bernama Onn Koon. Masjid ini siap dibina pada tahun 1911.

time saya singgah solat ni, masjid ni masih dalam proses renovation.. Jom kita "melawat"ke tempat "wajib"..hahhaha.. toilet nya bersih sangat2 dan saya mengharapkan ia akan bersih sampai la bila2..
bersih kan???
jom keluar la pulak..dok dalam toilet lama2 buat apa..hahhaha

hmmmm...sesiapa yang datang dari arah plaza pelangi atau dari Sri Tebrau Park bolehlah singgah solat di Masjid Istana Pelangi ni..sambil menghayati keunikan bangunannya yang tersendiri.

Thursday, February 24, 2011

SANA SINI MACARON!!!!

Sejak akhir2 ni sana sini asyik sebut macaron macaron macaron.. nyummm... sebutan yang betul "r"tu mcm orang pelat nk sebut huruf "r"..france punye biscuit.. so, sebutan kna la di"france"kan..hahha.. jom kita jalan2 kat blogger2 macaron ni..cari la pic yang cantekkk cantekkk

Apepun perisa macaron ni... cara dan bahan hampir sama aje.. bezanya ikutlah kreativiti masing2 nak buat perisa ape yang korang mau..
Macaron kat bawah ni menggunakan Italian Method yang saya amek dari http://jomkitabuatsendiri.blogspot.com


125gram badam hancur dan 125 gram gula icing. blend dan ayakkan bahan ini bersama-sama.



150gram gula (blogger pakai gula kasar) dan 50ml air




dalam bekas berwarna putih itu ialah 50gram telur putih

Masukkan pewarna, dan gaul hingga sebati.


50gram putih telur & 3 gram serbuk putih telur dicampur bersama, dan dipukul bersama menggunakan whisk dengan kadar sederhana laju.


Air bercampur gula tadi, dimasak sehingga mencecah suhu 117c.


Masukkan air gula kedalam adunan putih telur di dalam bowl mixer. Semasa menuang air gula, pastikan whisk bergerak dengan kadar sederhana. Jangan laju ya, takut air gula tu merecik pulak.

Pukul, dengan kelajuan tinggi sehingga adunan tersebut menjadi "stiff" seperti di atas.
Masukkan adunan telur yang telah dipukul dengan air gula tadi kedalam Campuran Almond, Gula Aising & pewarna. Buat 3 kali ya. Semasa membuat proses ini yang dikenali sebagai proses macaronnage, anda kena pastikan adunan menjadi pekat dan tidak "over do" kerana ia akan menyebabkan macaron anda retak.

Paipkan menggunakan nozel. Gunakan Baking Paper untuk mengalas macaron. Biarkan Macaron anda di luar antara 30 minit - 1jam sebelum dibakar.


Bakar pada suhu 140c untuk 15 - 18 minit. Saya selalu membakar dalam masa 18 minit.
inilah hasilnya!!!!!!!!!!!!


Sunday, January 23, 2011

oderrr oderrrr

hayyaaaa..manyak saba lorrr buat sebijik  cake balls ni.. nak ngap memang mudah, nak wat memerlukan kesabaran yang tinggi...
taraaaaaaaaaa.... terhasillah cake balls ciptaanku yang pertama.
48biji = RM30 termasuk postage.. murahhhh murahhh aje... 
sedap dimakan tika sejuk..baru terasa nikmatnya cake balls bersalut coklat. winkk winkkk
oder slagi saya masih terdaya menerima oder anda!!! hahha
pm inbox facebook: ainz hamzah atau ainialladiey_3108@yahoo.com
atau hubungi saya....hp: 012-9945629



Tuesday, January 4, 2011

bUAT bUN Lagi!!

Sebenarnya dah hilang mood nak buat bun. xpi, bila fikir banyak bnda yang terlarang dalam roti yang siap dijual di kedai2.. saya mula ambik mood smula. petang tadi lepas settle bayar sume bil2 rumah, saya terus memecut mini kesayangan saya ke Taman U.. Cari Tepung yang dah kehabisan.. Sampai aje ke rumah, terus solat asar dan masuk dapo slalu.. Kena siapkan dinner den baru boleh buat kerja2 lain.. tapi, kat sini, saya bukan nak crita pasal dinner. saya nak crita macam mana saya buat bun yang comel ni...hehe
mula2 sediakan bahan yang diperlukan kamudian mulalah menguli tepung hingga menjadi doh yang saaaaangatt lembut. Camni..
Kalau nak lepaskan geram kat orang, kita lepaskan geram kat tepung ni aje..ada jugak hasilnya..ye dok??? yang ni belum lagi betul2 lembut. kalau nak tahu macam mana lembutnya doh tu... kita tarikkkk doh tu mcm ni....

"doh yang lembut, x kan mudah putus", itu pesanan "my mother in law"yang masih terngiang2 di telinga saya. :). Oleh yang demikian, saya pun mengulilah doh ini selembut2 nya untuk mendapatkan bun yang ringan dan lembut..
inilah doh yang betul2 lembut..nampak berminyak sikit kan?? berkilat tu, tandanya doh dah x payah uli lah..(mandai2 je saya wat statement tu). sbb dah lengoh jari jemari saya..he3. Biarkan doh naik 2kali ganda. kalau x naik tu, mesti problem dengan yis.. sambil tunggu doh naik 2kali ganda..jom layan FB kejap..huahuahua
lepas setengah jam....

huhhhh..nasib la naik doh saya ni.. Next..
Sapu mentega atas acuan pembakar supaya doh tidak melekat..


Bulatkan menjadi doh2 kecik n comel2 aje.. :)
opssss...jgn bakar terus.. tunggu la kejap sampai doh naik skali ganda.. macam ni!!
Dan jangan lupa,sapukan dengan bahan glis atas doh tadi. 

baru lah boleh bakar selama 10minit pada suhu 180C.
mmmmmmm..... INILAH HASILNYAAAA!!!!
Ummmppphhhh..wallahhhh....sedap dimakan tika panas2...TQ TQ kerana sudi ,menonton rancangan ,masak memasak bersama chef Ainz...hahhaha... (perasan sndri jek la).. ;)




Monday, January 3, 2011

beli ikan lagi..........

suka nyeeeeeeeeeeee.. Ikan aku makin bertambah.. bila tension, ddk kat tepi kolam, tension boleh kurang.. sabtu baru ni hubbyku beli ikan baru lagi untuk aku.. dia bg cadangan supaya aku bukak kedai ikan.hmmmm... aku senyum aje... malaihhh nak berangan. takut tak kesampaian. 
Nampak manja jek ikan2 ni..macam2 jenis ada. ni yang kecik2 ni jenis Guppy.. satu hari aku pernah tukar air kolam tanpa masukkan anti klorin. bangun pagi keesokan hari, hubbyku cakap ada berita sedih. dia ajak aku keluar..hmmmm... sedeyyyy... 3/4 dari ikan dalam kolam ni mati. ikan mas yang besar pun mati. adoiiii..aku pulak yang rasa mcm tak bernafas. Yang terselamat hanya 2 ekor ikan emas dan kurang dari 20 ekor je ikan Guppy yang hidup.. mulai hari tu, aku takkan tukar air kalau anti klorinku habis. kena tunggu beli n simpan stok banyak. senang nak bersihkan kolam dan tukar air tiap 2 bulan. 
tahu tak sejarah pokok teratai ni.. hahha.. yang ni aku dan hubbyku ambik kat Danga Bay. Aku kuar ke Danga Bay nak kasi tukar angin sket, onway ke kereta, aku nampak pokok teratai tak brape nak bernafas jek. aku pandang kiri kanan, mcm x dok bertuan jek..heh3.. bukan curi..ambik jek untuk bg ia hidup aje dr biarkan pokok ni hidup pun segan,  mati pun tak mahu ...heheh.. aku bawak balik umah x sampai seminggu aje dah keluar bunga warna purple..hahhaa.. tu nampaknya ia lebih serasi di senai dari hidup di Danga.. :)
sampai sekarang membiak2 sampai kadang2 x nampak pun ikan aku..nampak pokok aje penuh dalam kolam. ni pun aku dah bagi kat orang dah pun, termasuk kak ros, jiran yang paling aku terhutang budi padanya. ikan guppy ni pun aku dengan ringan tangan aje bagi ke kak ros, sbb aku tau dia akan jaga ikan tu dengan baik. hobi kami sama.. suka dengan ikan. ;). aku tak keberatan pun bagi ikan kesayanganku.. 2 ekor ikan mas pada dia.. 


Bangau ni aku yang pilih..ni dah berusia 2 tahun lebih. waktu aku jumpa dia di tutttt... masa ni aku kawan aje ngan hubbyku. so, sampai sekarang bangau ni masih ada. xpi, muncung dah patah..sebab banyak makan ikan aku..hahha.
 itik ni pemalas. tido aje.. ni beli kat air hitam. mahal nak mampus. sikit punya payah nak mintak kurang. xpi, aku nak jugak :)




 setelah sekian lama aku tunggu n jaga ikan2 ni.. makin hari ia makin bertambah.. dari jumlah kurang dari 20 ekor, sekarang sudah beratus2 ekor....arggg...mmg dah boleh bukak kedai ikan guppy pun :)

:)..sekiannnn