Thursday, February 24, 2011

SANA SINI MACARON!!!!

Sejak akhir2 ni sana sini asyik sebut macaron macaron macaron.. nyummm... sebutan yang betul "r"tu mcm orang pelat nk sebut huruf "r"..france punye biscuit.. so, sebutan kna la di"france"kan..hahha.. jom kita jalan2 kat blogger2 macaron ni..cari la pic yang cantekkk cantekkk

Apepun perisa macaron ni... cara dan bahan hampir sama aje.. bezanya ikutlah kreativiti masing2 nak buat perisa ape yang korang mau..
Macaron kat bawah ni menggunakan Italian Method yang saya amek dari http://jomkitabuatsendiri.blogspot.com


125gram badam hancur dan 125 gram gula icing. blend dan ayakkan bahan ini bersama-sama.



150gram gula (blogger pakai gula kasar) dan 50ml air




dalam bekas berwarna putih itu ialah 50gram telur putih

Masukkan pewarna, dan gaul hingga sebati.


50gram putih telur & 3 gram serbuk putih telur dicampur bersama, dan dipukul bersama menggunakan whisk dengan kadar sederhana laju.


Air bercampur gula tadi, dimasak sehingga mencecah suhu 117c.


Masukkan air gula kedalam adunan putih telur di dalam bowl mixer. Semasa menuang air gula, pastikan whisk bergerak dengan kadar sederhana. Jangan laju ya, takut air gula tu merecik pulak.

Pukul, dengan kelajuan tinggi sehingga adunan tersebut menjadi "stiff" seperti di atas.
Masukkan adunan telur yang telah dipukul dengan air gula tadi kedalam Campuran Almond, Gula Aising & pewarna. Buat 3 kali ya. Semasa membuat proses ini yang dikenali sebagai proses macaronnage, anda kena pastikan adunan menjadi pekat dan tidak "over do" kerana ia akan menyebabkan macaron anda retak.

Paipkan menggunakan nozel. Gunakan Baking Paper untuk mengalas macaron. Biarkan Macaron anda di luar antara 30 minit - 1jam sebelum dibakar.


Bakar pada suhu 140c untuk 15 - 18 minit. Saya selalu membakar dalam masa 18 minit.
inilah hasilnya!!!!!!!!!!!!


No comments:

Post a Comment