Saturday, May 19, 2012

Apa Lagi mauuuu???

Hidup ini akan mudah kalau kita mahu ia menjadi mudah. cuma kita kena lebihkan usaha serta doa. Takde rezeki yang datang bergolek tanpa usaha. xkan tercapai impian kalau kita hanya duduk dan tidur sepanjang hari, xkan kita jumpa jalan kalau kita hanya menongkat dagu tanpa berfikir. lalui hidup yang telah diTakdirkan dengan senyuman. Allah tahu kita mampu harungi. sebab itu Ujian dicurahkan bertubi2. Kalau nak nangis...nangislah sepuas hati. untuk luahkan segala kekecewaan hati. Siapa mahu mendengar kecuali Allah. Minta pada Dia, Dia yang akan memberi. Dia Maha Mendengar. Pernah saya rasa hidup ini terlalu panjang untuk saya, saya mahu singkatkan masa hidup saya kerana saya tak tahan ujian yang diberi. saya fikir, saya mengucap, saya mohon ampun, moga hidup ini akan berubah baik dari sebelumnya. sentiasa bermain2 dalam kepala ini, adakah saya yang bersalah, mahupun org lain.. pokok pangkal saya kna kenal diri sendiri. saya yakin, saya mahu hidup saya sentiasa "hidup" walau ada insan yang cuba "mematikan" saya lebih awal. kadang2 saya pasrah, tapi saya tak mahu beralah. saya bukan seorang yang keras kepala. saya juga bukan seorang yang keras hati, tapi saya cuba untuk keraskan kepala, keraskan hati kerana saya mahu "terus hidup". 
saya tahu, sejauh mana saya lari, saya tak akan lepas dari memikirkan perkara yang satu itu, saya ada tanggungjawab, saya ada kewajipan yang saya tak boleh tinggalkan. walau duri dihadapan, saya tetap kena pijak untuk sampai dihadapan, walau bara api merah menyala sekalipun, saya tetap kena hadapi, biar sekalipun kaki saya rentung, saya tetap akan harungi, kerana "nyawa" saya dihadapan. walau saya sedang menghembus nafas dengan nyawa yang sama, saya tau, bila2 masa Tuhan takdirkan itulah... penamat hidup saya.  saya tak pasti, apakah keputusan saya? Apakah betul tindakan saya? Adakah saya selalu beralah? adakah saya seorang yang hipokrik pada diri sendiri. saya dah tak boleh menagis lagi. saya kena kuatkan hati walau apa jua halangan dan ujian dihadapan. Suka atau tidak, apa yang Tuhan Takdirkan itu lah yang saya kena terima. 
kadang2 saya fikir, apakah dosa yang saya lakukan hingga saya ditimpa bebanan berat ini. tapi, saya sebenarnya tak boleh sedikitpun persoal kenapa??? kenapa?? dan kenapa?? itu kerja Tuhan.. Dia Maha Mengetahui.. kadang2 saya fikir, hidup ini tiada hala tujuan, hanya kerana saya fikir "nyawa" itu bukan milik saya. Tapi, Hakikat sebenarnya, saya tahu Allah masih bersama saya. Kerana Allah tujuan hidup saya.. selagi nafas ini diizinkan Allah berada dalam jasad saya, akan cuba harungi hidup dengan senyuman. Turun naik, jatuh bangun kita, hanya kita yang tahu betapa sakitnya kita. mungkin di luar sana ada insan yang lebih dahsyat ujiannyalebih dari saya . Saya syukur, apa yang Tuhan anugerah pada saya hari ini adalah yang terbaik untuk saya, saya terima, saya redho, saya hepi, saya suka dan saya bahagia dengan TakdirNya. Saya syukur dengan anugerah hidup, anak2 dan suami yang teramat2 baik untuk saya...APa lAgi MaUuu????

Wednesday, May 2, 2012

Red Velvet II

Holla2... Badan x sihat pun, tangan saya gatal2 nk membaking. xleh duduk diam, nnt badan lagi rasa sakit. x reti pun  sebenarnya. buat2 je la reti. kalau x buat keje, nnt kpala menjelajah satu dunia. pikir melampau2. so, alangkah baik kalu sambil kepala menjelajah, tangan menggodeh tepung..huhuhu. ada la jugak hasil. Saya makan sepotong jek. hok lain tu saya anto ke UTM. kasi kanak2 riang makan.. celebrate besday 2, 3 bulan lepas n akan datang la ye..Cik jah n da geng :)