Thursday, March 21, 2013

When 1st Time i Met U

When I first met you
I felt like I had known you forever,
telling you my secrets
and what I didn't want ever.
you listened to me
I bet you thought I'd never end,
who would have thought
we would become more than just friends.
Over a period of time,
I got to know the real you.
A boy so caring and gentle,
with a heart so true.
You've survived your life
with hurt and loneliness by your side.
I told you I'd never leave
because of the feelings I have inside.
I know you
like no one I have ever known,
and sometimes I wonder
what I'd do if you were gone?
So I have decided
time answers all.
If it is meant to be
time will remove the wall.
I love the way we are together,
you can always make me smile.
Will it ever really be forever?
I guess I will have to wait awhile.
Time will reveal, what lies ahead
but always remember
what I have said.
Meeting you has changed my life
and I really love you so,
the feelings I feel for you
I am never letting go.
Remember me always
and I will too.
I always think of
me and you.


Wednesday, March 13, 2013

FB Ilham Annusyrah

Assalamualaikum
yeahhhhh...sukacita suka suka la saya nak maklum...
ini FB khas untuk Produk Annusyrah saya..so, sesiapa yang ingin cuba untuk berikhtiar dengan ayat-ayat Al-Quran, sila la jenguk2 kat sini ye :) 

http://www.facebook.com/profile.php?id=100005440445226

Sunday, December 16, 2012

holla holla..dah lama tak tulis blog. berhabuk dah pun blog ni.. beberapa bulan ni.. banyak isu dalam kepala yang masih dalam peringkat untuk di settle. kepala pun dah berhabuk.. otak yang dah makin  membeku.. suka duka, ketawa dan airmata, gumbira sedih sakit hati, bersarang aje setiap hari kat dalam diri ni ehh.. ada blake.. xpi, semangat untuk hidup masih kuat.. still senyum untuk katakan pada hello DUNIA...sayaaaa hepiiiiiiiiiiiiiii...
kadang2 kita fikir apa yang kita makan, apa yang kita kunyah, garenti masuk dalam perut kita, garenti akan buat kita hepi dan kenyang. tapi, kalau nasib tak sebelahi kita, rezeki itu bukan tertulis untuk kita, tergigit lidah sikit aje, makanan yang dikunyah, boleh keluar, makananyang ditelan boleh termuntah. so, berpada2 dan bersyukur aje la. jika ia milik kita. SYUKUR. Kalau itu bukan milik kita..SYUKUR aje. ada hikmah la kan. mungkin makanan itu boleh sebabkan perut kita sakit, sbb itu Allah takdir kita muntahkan makanan itu dr perut kita. pikir baik2 aje la.. kan kan kannn.. 
kalau barang kita hilang, kita ikhtiar la untuk cari, kalau dh cari, x jumpa juga, kita kira sedekah aje la.. guane..boleh???? kakkakakaka... sungguh berhati mulia org sedemikian kan.. :) wink wink.. doa aje dia bagus2, bahagia sbb amek barang kepunyaan orang. nnt satu masa, dia pulak kena "sedekah" aje klu barang dia hilang. so, boleh la merasai perasaan hilang barang sama2 kan.. dolu amek barang orang, tak hingat2..tak teragak2..amekk kauu, tuhan balas.. masa tu mungkin dia akan sedar..ooooo..inilah perasaan masa aku amek barang dia dulu..
tergamak kan buat org lain susah. kalau nak susah. susahkan diri sndri aje la.. jgn buat org lain susah.. 
moral of da stori.. jangan amek barang org sesuka hati. jgn buat org lain susah hati klu kamu tidak mahu susah hati..

Thursday, October 4, 2012

siapa kata senang jadi suri???

ni la rutin harian saya.. 
5.40 am stat bangun solat subuh, pastu tido smula ..(spatutnya x boleh tido pas subuh, tapi tu yg sedap kan.. ngehh ngehhh) 
8.30 am bangun smula siapkan hasben p keje. siapkan????hahhaha..mcm siapkan baby pulak ye..hmmm..memang mcm bby pun. gereee akuuu :) settle baju dia, sarapan, stat kete, polish kasut hinggalah dia hilang dr pandangan ku ini....cewahhh cewahhh..
pastu???? 
9.30 am ahhhhhhhhh...stat dah boring sy. 
hmmm... cari baju2 kotor yang perlu dicuci..alahhh..cuci mesin je.. xpayah tunggu. just sehelai dua baju keje hasbenku ini je yang kena cuci tangan. cuci baju pun, 3, 4 hari skali je. almaklum lah..tinggal 2 orang, nak masuk mesin pun pikir bnyk kali.  kemas rumah yang tak pernah2 habis. iron baju hasben (kalu rajin) kalau x rajin, pagi esok la saya iron..huhuhu.. sempat la siap baju dlm mesin, sidai. kalau hujan, berkejar la ngan hujan tu ha..siapa dulu sampai ke ampai..huahuahuaa... sapu daun rambutan dan mangga yang berguguran. saya sentiasa anggap ia ala2 "autumn in my heart" la..huahua, untuk sejukkan ati ni ha.. :) kalau stat bukak laptop..slamatla semua keje2 saya.. 
12.00 - 2.00 pm sy on tv tgk WHI n drama kul 1, sambung berita. sampai kul 2. sambung
wat keje opis hasben or thesis dia or keje2 type menaip dia...ding dong ding dong..
5.00 pm, stat masuk dapo.. time ni la kpala slalunya sakit bila mood memasak hilang. Nak tak Nak, memang kna masak. cuba masak dengan hati..huhuhu
6.30pm hasben balik umah
7.00pm pas solat magrib , masuk dapo, n hidang makan malam. kemas dapo hingga pukul....
9.00pm. solat isyak.. sambung lagi next keje type menaip..kadang2 sampai pukul 2,3 pgi :(
tidoooo...n sabung semula duty seperti diatas....99% adalah duty harian saya...hmmmmmm.... 
manalah muka ni x kerut.. kadang2 bosannnn... ulang perkara yang sama setiap hari.  nak jumpa dunia luar, nak berkawan pun x menyempat. siapa kata dok umah, jadi SURIRUMAH itu senang... keje mungkin senang..tapi, HATI???? tak senang..huhuhuuhuhu..so, untuk menghiburkan diri..anggap aje semua duty ini, ibarat makan kek coklat yang sangat sedapppp..ibarat makan coklat yang cair didalam mulut.  

Monday, June 11, 2012

Dahi Bhaley

holla holla.. ari ni saya try buat dahi Bhaley.. ada jugak yang panggil dahi vale. ada jugak yang panggil dahi Bhalle, Dahi Bhalla..or watever la... ;) dibuat dari kacang dhal putih dan dhal kuning. macam2 cara blh..senang jek.. hehhe..

Monday, June 4, 2012

Mee hoon Hong Kong

Hari ni mood nk makan mee hoon Hong Kong. Biasa klu rasa nk makan, ke kedai la jawabnye.. saya try google..segalanya dihujung jari je sekarang. antara malas ngan rajin jek..huaaa.. Saya berjaya!!!! inilah hasilnyeee.. :)
tapi kesian la perut hubbyku.. x sampai 2jam makan..perutnye dh berbunyi.. huhuhu.. 
ayat paling best.."mmmm...lapa la.. kita dh mkn ke belum ek??? haha.."
so, saya pun membuka hidangan yang kedua.. snow cheese cake yang saya buat semalam, kekacang dan Tea O limau Panas.. okehhh dah tersandar kekenyangan (agaknye la kot.. :) ) sambil nonton hindustae dan tenis..

okeyy..saya share cara2 membuatnye:
Bahan A
  • 200 gm meehoon
  • 2 biji telur [ dipukul]
Bahan B
  • 6 ekor udang  -buangkan kulit pun boleh.tak buang pun boleh
  • 2 kepingan dada ayam -hiris kecil
  • 1 biji panjang fish cake potong nipis
  • 4 biji fish ball-belah 4
  • 4 ulas bawang putih -ketuk je-
  • sedikit sawi cina-potong kecil
  • sedikit bunga kobis -dipotong kecil
  • sedikit carrot -potong bulat-
  • 2 tangkai jagung kecil-hiris serong
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 2 sudu makan tepung jagung-bancuh dengan sedikit air
  • 3 cawan air
  • 1 kiub ayam
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1/2 sudu besar lada sulah
  • garam
  • minyak
  • tambah bawang goreng dan daun sup/bawang / daun ketumbar di hiris
Cara-cara
1. Rendam dan rebus mee hoon hingga lembut. Ambil sedikit mee dan masukkan ke dalam sebiji telur yang telah di pukul.Goreng dengan sedikit minyak cam buat telur dadar.
2. Rebus 3 cawan air dengan 2 keping dada ayam. Campurkan dengan 1 kiub ayam. Biarkan mendidih. Tutup api.
3. Tumis sedikit bawang putih hingga agak garing dan masukkan udang, fish cake dan fishball.
4. Masukkan air rebusan ayam bersama lada sulah, sos tiram, baby corn dan carrot.
5. Biarkan mendidih dan masukkan tepung jagung yang telah dicampur air dan kacau-kacau supaya tepung.
5. Campurkan sawi cina dan bunga kobis. Tutup api dan kacau. Perasakan dengan garam.
6. Tuang kuah ke atas mee yang telah di goreng dan hidangkan. Sedap dimakan panas-panas.
8. Taburkan bawang goreng dan daun sup/daun bawang/daun ketumbar.

selamat mencuba la ye!!

Sunday, June 3, 2012

Snow Cheese cake

Dah lama rasanya nk buat snow cheese cake. hari ni tertunai hajat.. lum potong pun lagi, masuk je trus dlm esbok.. taraaaaaaaaaaaa...



 haaaa...baru je potong.. hubby ku dh ngap 3 slices.. ;)
 

x susah pun.. ni saya share resepinya:

  • 6 biji telur ayam (buang 2 putihnya)
  • 100 gram gula halus
  • 100 gram tepung hong kong 
  • 60 gram tepung jagung (maizena)
  • 50 gram air sejuk (dr peti ais)
  • 1 sudu teh baking powder
  • 2 sudu makan ovellete
  • 75 gram mentega (dicairkan) 
  • UNTUK KRIM
  • 1 kotak cream cheese philadelphia
  • 1/2 tin susu pekat manis- (satukan kedua bahan & putar sehingga tidak berketul2.
  • UTK TOPPING
  • 1/2 kotak kraft cheddar cheese (parutkan)
Masukkan semua bahan2 kecuali mentega cair dan putar.
2. Putar dengan kelajuan sederhana sehingga pekat & putih.Akhir sekali masukkan mentega cair.Putar lagi sehingga sebati dan pekat.
3. Sediakan acuan yang telah dialas dgn kertas minyak atau yang telah disapu dgn sedikit butter.
4. Bakar dalam acuan dengan menggunakan api atas dan bawah selama 45 minit ke 1 jam, dengan kepanasan 150C.
5. Bila sudah masak biarkan sejuk. Bila dah sejuk, ambil pisau kek dan potong di tengah-tengah kek supaya menjadi dua bahagian.
6. Sapukan krim cheese di atas separuh kek tadi, kemudian letakkan sebahagian lagi kek di atasnya.
7. Sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek.
8. Akhir sekali taburkan cheese kraf yang telah diparut tadi keseluruh kek sebagai toppingnya.

  selamat mencuba!!!!!!!!!!