Monday, December 27, 2010

sepetang bersama.....

Jeti...Jeti Tanjung Balau yang terletak di Kota Tinggi, Johor. Tempat aku n hubbyku termenung sepanjang petang 1 ketika dulu..lepaskan tension keje.. dia la..bukan aku... aku tension sbb memerap kat umah jek. So, tetiba jek, idea datang...ape kata kita p Jeti Tanjung Balau.. mmmm...hubby ku jawab..bolehhhh jek..xpi,perjalanan ke sana amek masa yang lama berbanding kita nak lepak kat sana... tapi, mu punya pasal..bolehhh la kita p...haaaaaa aku suka betul dengar ayat tuh.. so, inilah rupanya Jeti tu..tempat yang sangat menarik, cantik, tapi tak dijaga sepenuhnya.. maksud aku dr segi kebersihan dan penjagaan yang kurang teratur.. masih boleh diperbaiki.. Jeti ni glamer sebagai tempat muda mudi memancing. kadang2 aku tengok, tak dapat pun ikan nya. tapi, sebab hobi punya pasal, sanggup jek diorang tunggu berjam2 lamanya kat situ. mungkin dapat kepuasan dr memerap di rumah atau melepak di shopping kompleks or kedai kopi.
Pasirnya memang cantik, masa aku p ari tu, musim cuti sekolah. ramai pulak pasangan pengantin yang bergambar kat tepian pantai. tapi, aku tak berapa berminat untuk ambik gambar diorang tu..lebih baik amek gambar sendiri untuk kenangan..hehhe
hmmmm..betul aku cakap kan??? memang cantik betul air lautnye.. ikan2 yang bewarna warni memang jelas nampak bermain di kaki kami..hahhaha.. tapi, aku takut hp kameraku jatuh, so, aku amek gambar bahagian atas jek..sbb aku tau...aku slalu careless.. langkah berjaga2...aku tak menghalapun hpku ini kebawah :)
 sape tuh??? :)

hahhhhh!!!!!!! Jahat kan?? merosakkan pic aku jek.. rosak pemandangan aje..
nanti korang boleh la datang sini. Nikmati angin laut yang sangat syokkkkk!! betul.. dengan ikan yang cantik2..eeeeeeee..memang geram aku nak terjun, tapi sabo jek la..aku fobia ngan air laut. nama jek ahli bomba. penakut ngan air laut.. gara2 aku hampir lemas sbb dicampak ke tengah laut dan kena berkayuh dengan menggunakan tangan aje untuk balik ke tepi pantai.. nasib la ada bekalkan life jaket Masa tu Camping Bridget Bomba di Klebang, Melaka. adoiiii... taubat..aku tak nak jadi bomba lagi..

Wednesday, December 15, 2010

hepi wat keje2 nihhh

hye.... mmmm.... ari ni nak share keje2 sbg sorang full housewife. ni pun keje jugak. 24hours non stop. may b, rest time tido malam jek..but i'm hepi do these work everyday..cewahhh cewahh.. speaking lak.. amek mood cikit.. ;). mintak keje ngan gomen, lum ader rezki, keje la ngan hasben aje.. boring2 dok sorang.. aku cakap je ngan ikan2 aku ni...

dah layan baik2 kawan2 ku ni... p jengok bunga2 kat blakang plk..aku dah jadikan meja kat blakang umah ni sbg taman bungaku... harap2 x runtuh la meja nih..heh3..

mmmm...banyak masa lagi nih.. x berbaloi kalau stakat pakai baju nak berkebun, peluh setitik... hahaha... skrol la ke bawah lagi..
operate laman umah lak..daun2 mangga nih mmg hari2 kna sapu.. klu x, mmg sakit mataku..sakitnya sampai ke hati nih.. tu kete mini kesayanganku.. woooooooooooooooo... don't play2 haaaaaaaaaa.... da 11 taun da usianya tuh... :)
so, dah settle laman, kna fikir dalam umah lak... umah x dok sape pun nak sepahkan. bukan ader anak kecik pun. aku sepah sndri den aku la juga yang kna susun smula..heh3.. itu la aku hari2.
stat aje pukul 3petang dah mula nak fikir, masak ape untuk hubbyku malam nih.. adoiii!!!!!!!!
x kan........................

CAPATI LAGI!!!!.. hubbyku suka la... makan ni 3keping, kenyang sampai pagi esok.. kna la ada kuahnye plak..


ini resepi yang aku cipta sendiri.. kambing masak cauliflower berkuah..hahhaha.. alaaaa...campak jek ape yg ader... janji sodap...

kadang2 aku pun bosan... x taw nak masak ape lagi nih... bukan senang tau nak jadi wife nih... semua bnda kena fikir, tapi, aku tetap hepi ngan sume nih..kadang2 tension sikit nak masak ape.. tapi, bila dapat idea nak masak ape............. akuuuuuuuuuuu sukaaaaaaaaaaa... terus masuk dapo..sedia bahan..haaaaaaaaaaaa ari ni aku nak masak......jejenggggggggggggggggg...


ni antara bahan2 yang aku guna untuk membuat BERIANI PAKISTAN..
Oppssss.. JANGAN lupa
bila sume bahan da siap...tunggu masa aje nak campak dalam periuk. kena ingat tau, masak atas dapo dulu..bila dah sebati baru pindahkan ke rice cooker...so, camni la rupanya.... tunggu hingga ayam masak, den masukkan air n beras mengikut sukatan yang betul..supaya nasi tak lembik...



tutup la periuk nasi n siap la untuk dihidangkan bila masak nasi tu nnt.

inilah menu makan malam kami pada hari ini... plain yogurt, acar pakistan, chicken salen n chicken beriani..
hahahha.. inilah plate hubbyku...time nih hubbyku betul2 kelaparan..alhamdulillah... berianiku licinnnn...
pingganku yang penuh dengan tulang2 ayam..nyummmmmmmmmmmmmmmm... ini resepi yang aku akan kongsi bersama untuk korang sume..
mintak maap la ye... aku x pernah membuat sukatan atau timbangan kalau nak masak..agak2 aje la... janji...sodap..

bahan2:
beberapa ketul ayam yang telah dibersihkan
3 cup Basmathi rice ( direndam 10 minit)
1 ts Ghee
1 Onion (chooped)
1 Tomatoes (chooped)
Potatoes ( Peeled and Halved)
Yogurt
Zafran (optional)
Green chillies
Kiub pati ayam knorr
Daun ketumbar untuk hiasan
Rempah Beriani pakistan.. (aku guna Nasional nye brand)
secubit garam

cara2nya:
panaskan ghee, den tumis bawang hingga brown. masukkan tomato, yogurt, green chillies, pati kiub ayam, dan nasional biryani spice mix, bila sebati masukkan ayam, biar hingga air ayam keluar sikit.. den masukkan air. masukkan potato  n secubit garam.. masukkan basmathi rice. tunggu seminit n pindahkan ke rice cooker.. bila nasi masak, tabur daun ketumbar sebagai hiasan.

selamatttt mencuba !!!!


ni satu lagi XTVT baruku.. maklum ler, sejak isu roti timbul ni..aku kna fikir inisiatif untuk makan rotim tanpa membeli roti di kedai2.. so, satu hari, aku bukak FB Mak Mentuaku, aku tertarik tengok bun yang dia hasilkan..macam sodap... so, aku intai2 n risik2 la ngan dia..harap2 dia boleh ajar aku nih..heh3.. alhamdulillah, dia sudi menerimaku sebagai "anak murid"nya..

ni aku view 1st bun yang aku hasilkan.. walaupun x secomel yang Mak Mentuaku hasilkan, tapi sodap la jugak..
sodap dicecah dengan kuah.. tapi, sebab hubbyku makan bread pepagi sebelum p keje, aku hidangkan bersama veg spread n mixfruit jem. ehehehe... time kasi mak mentuaku..juga merangkap sifu aku mulai hari ini. aku jadikan dia idola chefku mulai hari ini..hehehhe.. mekasihhhhhhhh
heh3.. yang ni rentung sikit..tapi, tak menjejaskan rasa pun...
sukaaaaaaaaaaaaa sangattttt2  laaaaaaaaaaaaa :)

Saturday, December 11, 2010

BAHAYA ROTI

Artikel ini aku amek dr blog someone untuk dikongsi faktanya:

 

FAKTA BENAR - Bahaya Roti!!


                                       
Jika anda baca laporan dari CAP Pulau Pinang, rasa takut nak makan roti keluaran syarikat-syarikat yang diberitahu selepas ujikaji keatas bahan pengawet yang tidak mengikut sukatan yang dibenarkan. Tetapi kebanyakan kita sudah bertahun-tahun makan keluaran ni! Belum ada apa-apa kesan setakat ini. Terima kasihlah kita ucapkan pada CAP kerana bagitahu bahayanya roti. Kita tak ada pilihan lain kerana inilah roti yang hanya terdapat dipasaran berdekatan rumah kita. Anak-anak suka, terpaksalah beli juga. Nak buat macamana! Nak suruh isteri buat roti sendiri, alamat kebuluranlah sebab-sebab bila isteri buat roti.... jadi lempeng pulak. Jangan marah ayang! Yang penting kenyang dan baca doa makan. InsyaAllah dipeliharaNya.
                                          
Oleh,S.M.MOHAMED IDRIS                                                
Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP)                        
     
Kebanyakan roti dan ban yang dijual di sini melanggar undang-undang dengan sewenang-wenangnya, ia mengandungi terlalu banyak bahan pengawet yang dipanggil asid propionik, walaupun dibenarkan di bawah undang-undang makanan kita, mestilah tidak melebihi paras yang ditetapkan oleh undang-undang.                                         
     
Dalam ujian yang dijalankan oleh CAP baru-baru ini ke atas pelbagai jenis roti yang dibeli di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur, termasuklah roti bantal dan beraneka jenis ban (termasuklah yang dihidangkan dan digunakan sebagai burger dalam rangkaian makanan segera) didapati sehingga 92% mengandungi asid propionik dalam jumlah sehingga 5 kali daripada yang dibenarkan oleh  undang-undang.                                                        
     
Di bawah Peraturan Makanan 1985, roti dibenarkan mengandungi asid propionik, dan sodium, potassium atau garam kalsium dalam jumlah yang mestilah tidak melebihi 2,000 mg/kg roti (Peraturan 65 (2) a).         
     
Dalam ujian CAP ke atas 50 sampel roti (27 pada 2005 dan 23 pada 2006), hanya 4 dalam lingkungan had untuk asid propionik. Selebihnya 46 daripada 50 sampel iaitu 92% daripada roti yang diuji oleh kami semuanya mempunyai asid propionik melebihi 2,000 mg/kg (lihat jadual untuk keterangan lanjut).                                              
     
Antara jenama terkenal yang turut terjejas adalah roti bantal dan ban daripada Gardenia, High 5, dan Roman Meal. Turut terjejas adalah roti dan ban dari rangkaian restoran makanan segera, pasar raya dan kedai roti tempatan  Gardenia.                                                             

Sebagai contoh Gardenia Original Classic (Enriched White Bread) mempunyai asid propionik 1.6 kali (ujian 2006) dan 1.8 (ujian 2005) melebihi had yang dibenarkan oleh undang-undang. 

Gardenia Wholemeal Bread 2.6 kali (ujian 2006) dan 3.7 kali (ujian 2005) melebihi had selamat. Begitu juga Gardenia Breakthru (Formula Multiwholegrain) adalah 2.4 kali (ujian 2006) dan 3.7 kali lebih tinggi (ujian 2005), sementara Gardenia Breakthru (Formula                         White) adalah 3.3 kali lebih tinggi (ujian 2005).                     
     
Ban dari Gardenia juga terlalu buruk. Gardenia Roti Krim Coklat mempunyai 3.1 kali asid propionik melebihi had yang dibenarkan oleh undang-undang. Gardenia Roti Krim Vanila juga 3.0 kali lebih tinggi  dan Gardenia Roti Krim Jagung  juga 2.4 kali lebih tinggi.            
     
High 5                                                               
Jenama terkenal lain High 5 mempunyai hasil yang sama buruk. High 5 Nutri-White Sandwich Bread didapati mempunya asid propionik 1.9 kali lebih tinggi pada 2006. Ia bersamaan High 5 Sandwich Bread pada 2005  iaitu 3.2 kali lebih tinggi. Roti bantal bersaiz besar, High 5 Sure Value Sandwich Bread ialah 3.4 kali lebih tinggi (ujian 2005). 

High5 Wholemeal Bread mempunyai asid propionik 1.7 kali lebih tinggi pada 2006 dan 3.5 kali lebih tinggi pada 2005. Ban High 5 juga mempunyai jumlah bahan pengawet yang melanggar undang-undang. High 5 Roti Krim Vanila adalah 2.2 kali lebih tinggi dan High 5 Roti Krim Coklat 1.6 kali lebih tinggi.                              
     
Roman Meal                                                           
Kami juga turut menguji roti Roman Meal yang mahal pada 2005 dan ia juga mempunyai paras asid propionik yang terlalu tinggi. Roman Meal Honey & Oat Bran Bread ialah 3.4 kali lebih tinggi, Roman Meal Hi  Calcium Bread 3.1 kali lebih tinggi dan Roman Meal 12 Grain Bread 3.0kali lebih tinggi.                                                     
     
Roti Pasar Raya                                                      
Kami juga turut menguji roti daripada pelbagai pasar raya seperti Giant, Tesco dan Gama di Pulau Pinang , dan ia juga turut mempunyai paras asid propionik yang melanggar undang-undang yang ditetapkan.     
     
Giant Roti Sandwich ialah 2.9 kali lebih tinggi dan Giant Bread (Concess) 1.7 kali lebih tinggi.                                      
     
Tesco Wheat Bran Bread. Mempunyai asid propionik 2.3 kali lebih tinggi. Tesco White Sandwich 1.4 kali lebih tinggi (ujian 2006) tetapi dalam ujian 2005, ia mengandungi hanya 2,062 mg/kg asid propionik, sedikit melebihi had 2,000 mg/kg yang dibenarkan oleh undang-undang.                                                         
     
The Four Leaves English Toast Bread yang dibeli di Pasar Raya Gama di Pulau Pinang adalah 1.9 kali lebih tinggi.
                          
Rangkaian Makanan Segera                                             
Kami juga menguji ban dan burger yang dihidangkan di KFC dan Mc Donalds.                                                                  
     
Semua 3 sampel yang diuji gagal dalam ujian. KFC Colonel Burger mempunyai 2.1 kali lebih tinggi bahan pengawet dan ban yang dihidangkan bersama dengan ayam goreng lebih buruk iaitu 3.6 kali lebih tinggi. 

Mc Donalds  Beefburger mempunyai 1.7 kali lebih tinggi asid propionik dalam ban.  
     
Kedai Roti Tempatan                                                  
Roti dari kedai roti tempatan dan dari penjual roti juga terjejas dengan teruk. Roti itu didapati mempunyai jumlah asid propionik yang paling tinggi datangnya dari Ismalia Bakery di Pulau Pinang yang juga turut membekalkan roti kepada penjual roti. *Ismalia Bakery Coconut Bun* mempunyai asid propionik 5.1 kali lebih tinggi berbanding had yang ditetapkan oleh undang-undang. Sampel yang diuji ini adalah yang paling buruk. Roti tempatan lain yang turut terjejas datang dari *Rhena Bakery, Pathchee Bakery, Intisari Bakery, Continental Bakery dan lain-lain. 
                                                       
Asid propionik tidak berwarna, berminyak, cecair berbau hancing yang terjadi secara semula jadi dalam binatang dan produk tenusu. Ia biasanya digunakan sebagai racun kulat dan racun bakteria, ia mengawal kulat dan bakteria dalam bijirin yang disimpan, kawasan simpanan bijirin, sisa buangan ternakan dan air minuman untuk ternakan.        
     
Dalam makanan, ia digunakan untuk mengawet makanan yang dibakar dan keju.                                                                
Bentuk lain asid propionik (contohnya kalsium dan sodium propionates) juga ditambah ke dalam makanan untuk mencegah kulat dalam makanan dibakar kering.                                                        
     
Semua propionates dikatakan dikaitkan dengan sakit kepala migrain.   
Kajian dari Australia pada 2002 mendapati kalsium propionate boleh menyebabkan tingkah laku menyimpang (seperti keletihan dan tidak memberi tumpuan, jadi mereka tidak mahu membuat kerja rumah, tidak dapat membaca dengan sempurna dan juga mengalami gangguan tidur) pada kanak-kanak*. Kesan sampingan ini berlaku dalam tempoh beberapa dan menjadi kumulatif, demikian menurut kepada kajian.                     
     
Tiada Penguatkuasaan                                                 
Hasil ujian oleh CAP amat mengejutkan dan kami pasti kebanyakan pengguna akan terkejut kerana kita memakan roti dengan paras bahan pengawet yang amat tinggi. Paling mengejutkan CAP ialah tiada pematuhan terhadap undang-undang sepenuhnya.                                                           
     
Kementerian Kesihatan yang menguatkuasakan Peraturan Makanan kita tidak menjalankan tugasnya dan dalam proses ini ia membahayakan kesihatan kita. Pihak kementerian mestilah dengan segera bertindak untuk mendakwa syarikat yang telah melanggar undang-undang. Mereka mestilah mengawasi dengan berterusan kualiti roti yang dimakan setiap hari oleh berjuta rakyat Malaysia termasuk kanak-kanak.                                  
     
Nota: Jenama roti yang diuji oleh persatuan Pengguna (CAP) pada 2005 & 2006 boleh didapati di dalam akhbar Utusan Pengguna @ utusan Consumer keluaran September- Oktober 2006 di pasaran sekarang.                           
     
APA YANG TERSEMBUNYI MENGENAI ROTI INDUSTRI MODEN?                   
• Tepung Beracun                                                       
• Pelembut Doh                                                         
• Sisa Racun Makhluk Perosak                                           
• Logam Berat                                                          
• Pemutih                                                              
• Pengemulsi                                                           
• Rambut Manusia (L-cysteine)                                          
• Agen Pengurang                                                       
• Pengawet                                                             
• Terlalu Banyak Garam                                                 
• Lemak Trans                                                          
• Terlalu Banyak Yis                                                   
• Enzim Ubah Suai Genetik                                              
• Yis Ubah Suai Genetik
                                                
Roti hari ini adalah produk yang dihasilkan secara besar-besaran yang bergantung kepada pelbagai proses industri, bukan kepada kemahiran pembuatnya yang berkembang dalam tempoh beberapa abad yang lalu.       
     
Di kebanyakan negara, termasuk Malaysia, roti dibuat di kilang besar, sesetengahnya mampu untuk menghasilkan sehingga suku juta buku roti sehari.                                                                
     
Dalam usaha untuk menghasilkan roti dengan cepat dan untuk tahan lebih lama, industri membuat roti menggunakan lebih banyak bahan kimia penambah dan enzim tiruan (termasuk enzim ubah suai genetik, yang tidak perlu dinyatakan pada bungkusan memandangkan ia dikelaskan sebagai "bantuan membakar").                                                           
     
Roti hari ini juga menjadi semakin lembut mengandungi lebih banyak air dan kurang bahan sumber daripada bijirin semula jadi. Apa yang anda perolehi adalah makanan yang rendah mutunya. Anda akan terkejut apabila mengetahui apa sebenarnya yang digunakan dalam membuat roti moden hari ini dan apa kesannya kepada kesihatan anda.    
     
"Kini, teknologi mempunyai cara yang lebih pintar untuk mencemari roti kita, jadi sains mendedahkan kesannya kepada kesihatan awam. Sepertimana kajian terbaru menyarankan, kita perlu memikirkan semula  cara kita membuat roti." 

Wednesday, December 8, 2010

Antara Aku, Wanita dan Airmata


Kisah ini biasa kita dengar:

Seorang anak laki-laki kecil bertanya kepada ibunya “Mengapa engkau menangis?" "Karena aku seorang wanita", kata sang ibu kepadanya. "Aku tidak mengerti", kata anak itu. Ibunya hanya memeluknya dan berkata, "Dan kau tak akan pernah mengerti!"

Kemudian anak laki-laki itu bertanya kepada ayahnya, "Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?" "Semua wanita menangis tanpa alasan", hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya.


Bila anak lelaki itu dewasa, tetap ingin tahu mengapa wanita menangis. Akhirnya ia bertanya kepada
 Tuhan,  "Tuhan, mengapa wanita begitu mudah menangis?"

Tuhan berkata
( aku tulis semula dalam English, ada emosi sket..hehhehe...)

"When I created woman,  she needed to be special,  I created her shoulders strong enough to bear the weight of the world, and soft enough to be comfortable”.
"I gave her the strength to give life, the kind that accept the rejection that often comes from children."
Hmmmm..tukar bahasa melayu la smula... :)

"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."
"Aku memberinya kekuatan dan  kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu."

"And i gave her tears to shed whenever she need them to be shed”.



Bila kita sebut aje  WANITA DAN AIR MATA...aku sendiri susah untuk memahami diri aku sebagai seorang wanita.. mungkin aku antara sejuta wanita yang susah untuk mengalirkan air mata bila berhadapan dengan orang di sekelilingku. Tapi, kadang2 aku akan menangis di waktu malam disebabkan oleh perkara2 berlaku dalah hidupku, mengenangkan cinta yg tidak pernah kesampaian...mengenangkan dosa2 yg dilakukan, dosaku dengan Tuhan, dosaku dengan suami, dosaku dengan ibubapa dan orang lain yang pernah mengenaliku. Cerita yang aku tulis bukan untuk membuka pekung di dada, sekadar kisah yang ingin aku kongsi dan melalui cerita dari pengalaman kawan2 aku.
Lidah mana yang tak pernah tergigit? Inikan pula alam rumahtangga.. Bahagia macam mana sekalipun, pasti air mata akan keluar dari mata seorang isteri, airmata seorang ibu.. wanita menangis bukan aje sbb sedih, tapi terlalu hepi pun boleh menangis.. hmmmmm.... aku sndri x paham.. knp perlu menangis??? Bagi aku, air mata mmg susah untuk aku alirkan, walau besar mana pun masalah yang menimpa, walau besar mana pertengkaran aku dengan suami. Bagi aku, air mata hanya untuk aku minta simpati dari Ilahi, bukan aku minta dr suami atau sesiapa pun..  menangis air mata darah sekalipun, lelaki tak akan mengerti, x akan memahami makna air mata seorang isteri. Mungkin juga ada segelintir lelaki yang lebih sensetif , yang lebih mudah mengalir air mata sama seperti wanita2 dan air mata ini... Aku hanya akan menangis bila kekuatan yang Allah anugerahkan kepadaku ini semakin luntur, bila aku menyedari kelemahan aku yang menyakitkan segelintir pihak, bila aku menyedari aku tak mampu untuk melangkah ke depan lagi, aku akan menangis sepuas2nya.. tapi, aku sendiri tak tahu, sampai bila aku harus menangis sendiri?? Hanya Tuhan yang tahu knpa aku menangis sendirian.  

Kadang2 terjadi sesuatu yang cukup sedih,
  aku langsung x menangis? Orang kata, jika payah mengalirkan air mata, hati kita keras. Betul ke?? Tapi, aku juga cepat menangis klu aku tgk cerita sedih..movie yang sedih mudah plk aku menangis, tapi, hal yang terjadi dlm hidup aku, x pula aku cepat menangis.. pelikk kan?? Manusia pelik macam aku ni susah nak jumpa..hahha... gelakk la skit, x la beremosi sangat nak menulis..
Okeyyy sambung smula... Adakah jika wanita menangis dihadapan org membuktikan bahawa wanita itu telah tewas dan mengundang simpati org???? Pnh diawal penikahan aku menangis hampir setiap hari depan suami... bila aku dimarah, aku menangis.. bila hatiku sedih disebabkan si dia, aku menangis, bila terkenang nasib diri sendiri aku menangis..bila aku terkenang arwah mak, aku menangis,  Sikit2 menangis, makin menangis, makin besar problem antara kami. Mulai hari itu, aku ambil keputusan, aku x mahu menangis lagi.. aku mohon, aku doa moga Tuhan bagi aku kekuatan yg tak ada pada wanita lain, kekuatan hati aku dalam segala hal.. sebab bagi aku... lelaki, kekasih, suami, ayah, datuk, abang dan adik bradik lelaki, rakan2 lelaki,  x akan mengerti... apa itu airmata seorang wanita,airmata seorang kekasih, airmata seorang isteri, airmata seorang anak, airmata seorang cucu, mahupun airmata seorang adik. Malah, wanita sesama wanita pun x mengeri airmata seorang wanita yang lain. ( mungkin ini aku ambil kesimpulan secara rawak, walaupun aku tau, bukan semua lelaki sama seperti itu)..

bagi aku, cantiknye seorang wanita bukan dari paras rupa, bukan dari rupa bentuk tubuh, bukan juga dari pakaian yang dipakai, atau rambut yang mengurai..tapi, kecantikan wanita itu sepatutnya dilihat dari matanya..sbb mata itu adalah merupakan pintu hati seorang wanita.. dimana segalanya bermula dari mata.

Melalui pembacaan dan pengalaman aku dengan kengkawan:
Apabila ditinggalkan kekasihnya
.....Wanita itu menangis krn cintanya telah tak kesampaian, cintanya x dihargai,  dia menangis krn kekasihnya berubah hati.
Apabila suaminya dilanda musibah
....Wanita itu menangis didalam hatinya. tidak didepan suaminya krn hatinya pilu melihat kemurungan suami dan hatinya luka melihat suaminya perlu bekerja keras demi keluarga.. terasa dirinya menambahkan beban suami. Terasa diri terlalu daif kerana tidak dapat membantu suami.
Apabila ibu dan ayahnya menyambut panggilan Ilahi
..... Semua wanita akn mengalirkan air mata mereka. bukan sehari, bukan seminggu, bukan sebulan, malah bertahun lamanya... ibu dan ayh merupakan hubungan istimewa yg Allah ciptakan...
Apabila dirinya di ijab dan kabul
...Wanita itu menangis kerana dirinya akn meninggalkan ibu bapanya. Dia menangis kerana dirinya akn diserahkan kepada lelaki yg dicintainya. Dan masa depannya pula belum diketahuinya lagi...

Air mata akan berguguran seiring dengan perasaan. Airmata akan berguguran jika hati seorang wanita terluka, airmata tidak pernah berbohong!!!! Kesimpulan yang boleh aku buat, air mataseorang wanita adalah lahir dari
Keikhlasan, Kejujuran, Kesedihan, Kegembiraan, Kepasrahan, Ketakutan, kecurangan, Kejujuran, Pendustaan, Kepercayaan, Kesetiaan, Kekuatan, dan Kesucian.
Terima kasih Tuhan, kerana menjadikan aku seorang wanita. Hanya wanita seperti aku, juga wanita lain yang sama sepertiku mengetahui, memahami betapa berharganya airmata. Terima kasih Tuhan, kerana menjadikan aku wanita. Kerana wanita itu, penyeri bagi dunia, malah bidadari itu juga adalah wanita sebagai penyeri syurga. Moga suatu masa aku juga boleh jadi bidadari dunia juga bidadari di syurga... AMINNNNN..

Demi Matahari

Tea jemput2


slurppppppppp...ahhhhhhh.. tringat arwah atok yang aku panggil "ayah" menghirup tea O. satu2 minuman yg paling dia suka.. tringat dialog antara aku ngan arwah...

Aku        : Ayah!!! x payah la buat teh tu..ni da ada sejag..panas lagi nih!!!
Arwah   :  Hmmmmmm ..sape buat?
Aku        : Lorrrr... saya la yg buat, ape ler ayah ni..mane ader org lain la yg 
                   rajin dalam umah ni..hehhh
Ayah     : (sambil gelak)..hehhhhhmmmm...aok buat x sedap :)
Aku       : OOOoooo... saya buat seme x sedap... (sambil aku pegang leher arwah
                  mcm nak cekik jek rasanye...hohoho)..baik ayah cakap..sedappp ke
                  dok???? 
Arwah  : x sedapppp...

aku pun masuk la smula ke ruang tamu, n stgh jam tu p smula ke dapo..aku tgk 1 jag teh yg aku wat dah tgl separuh... 
dialog antara aku ngan ayah lagi..hahah
Aku     : aik???? sape minum air teh saya nih???
Ayah   :  Senyum sambil nampak gusi yg x bergigi tuh...
Aku     : haaaaaaaaaaaaaaaaaa cakap x sedap..koi dah jampi da tadi air ni, sape
                minum garenti sayang ke koi..huhuhuhu...
Ayah  : hehhhhh hehhh hehhhh....(gelak dia yg aku rinduuuuu sangatttt).. 

aku pandang je teh kat umah ni, aku tringat kat dia. suka sangat "jemput"  teh ngan hujung jari dia tuh..org da letak sudu pun x mo guna.. balik toreh getah...ngetehh dulu sambil berdikir, nyanyi lagu P. Romleeee... sambil x berbaju n pakai towel lusuh dia... rinduuu nye ke diaaaaaaaaaaaa.. Ya Allah, Tempatkan dia dikalangan org2 yang soleh..AMINNNNNNN


inilah my grandpa yang aku paling sayang. gambar arwah  dengan kakak iparku.. gambar ni bertarikh 6.6.09 sempena tarikh pertunanganku dengan Tassaduq Abbas Malik yang kini sah menjadi suamiku :0
AlFATIHAH untuk arwah Abdul Rani bin Daud




Tuesday, December 7, 2010

KLIFE dihatiku


Pernahkan anda mendengar Klife????? Takkk??? hmmmm..mungkin juga anda pernah mendengar KAYLA BEVERLY HILLS??? haaaaaaaaaa.... ni bgtau ni... :)
Dermilab adalah sebuah syarikat di bawah Kumpulan Megapadu. DERMILAB SDN BHD telah diasaskan oleh Y.Bhg Dato' Ir Hanaffi Daud dan Y.Bhg Datin Normaziah Sheikh Mohammed.  Dermilab telah memasarkan pelbagai produk berjenama KAYLA BEVERLY HILLS dan kini mengembangkan cabang perniagaan dalam industri Pemasaran Berbilang Tingkat atau Multilevel Marketing dengan memasarkan produk berjenama KLife.

Produk:


Rahsia WANITA untuk LELAKI...


 KLIFE LADY LOBATA (MIX FRUITS) (RM50.00)
Prueraria Lobata
Sejarah lama menganggap Prueraria sebagai herba diraja yang sangat tinggi nilainya yang di khaskan untuk isteri-isteri raja. Sejak 1980an, pengamal herba memperkenalkannya secara meluas. Pruraria mempunyai reputasi meningkatkan kecantikan asli wanita.
Di pendalaman Thailand, akar herba ini digunakan untuk `meremajakan` bagi yang lebih tua dan mengembalikan tubuh yang ideal. Mengikut perubatan tradisional Thai, herba ini berkesan untuk melambatkan tanda-tanda penuaan, putus haid dan merangsang kecantikan. Selain itu, herba ini juga membolehkan pembesaran dan ketegangan payudara serta menjadikan puting payudara kelihatan kemerahan. Ia juga bertindak bagi mengekalkan collagen dan merangsang pembangunan sel kulit yang mengekalkan kecantikan asli.
Pengambilan:
Campurkan 2 sudu makan lobata liquid dengan segelas air suam / sejuk dan minum sekali sehari pagi atau malam.

KLIFE XTRA CAFE( RM73.00)
Minuman kesihatan X-tra Café Klife di rumus khas dari ekstrak maca terpilih untuk memberikan kepuasan dan gaya hidup lelaki sejati.
Cara pengambilan
Masukan sepeket X-tra café ke dalam 120ml air, kacau hingga sebati dan minum.

KLIFE CGC PLUS (RM50.00)
Apakah itu Klorofil?

Tumbuhan hijau menggunakan Karbon dioksida di udara, air dan mineral dari tanah serta matahari untuk menghasilkan makanan. Proses ini dipanggil `fotosintesis`. Sinaran matahari diserap oleh bahan – bahan kehijauan terdapat daripada daun yang dipanggil klorofil.Klife klorofil di ekstrak dari tumbuhan alfalfa yang terkenal dengan nilai     nutriennya yang tinggi. Akarnya tumbuh sangat dalam untuk menyerap  mineral–mineral seperti kalsium, besi, magnesium dan lain-lain.Alfalfa mengandungi 4x ganda klorofil lebih dari sayur-sayuran lain. Ia adalah sumber nutrien yang penting bagi merangsang kesihatan yang baik . 
Klorofil sangat kaya dengan
Zink              -Gabungan zink bersama vitamin A menggalakkan kesihatan yang
                         baik.
Selenium  - melindungi dan memperbaharui sel-sel badan.
Vitamin E - Anti penuaan, menyuburkan kulit dan sentiasa mengaktifkan otak.
Vitamin C - Meningkatkan kewaspadaan dan memiliki unsur-unsur anti-
                         kanser.
Vitamin A - Memperkuatkan fungsi jantung dan penglihatan.Lain-lain nutrien
                         termasuk asid folik,asid panfotenik dan mineral-mineral
                         sepertikalsium, kobalt, kromium, fosforus, silicon, potassium, 
                         mangan, magnesium, besi dan lain-lain
 
Dermi Collagen ( RM57.00)
Walaupun banyak faktor yang menyumbang ke arah penampilan lebih muda dan sihat namun salah satu perkara terpenting adalah molekul yang menakjubkan dipanggil collagen. Lebih kurang 80% kulit kita dihasilkan dari collagen yang menjadikan kulit lebih kukuh, tegang dan licin. Menurut kajian pakar, kulit kita akan mula kehilangan collagen bermula dari umur 26 tahun.
Dermi Collagen Klife dirumus khas dari dari 100% estrak marin tulen Ikan Laut Dalam yang kaya dengan 20 jenis amino asid. Kombinasi bahan utamanya terdiri dari collagen, astaxanthin dan vitamin C adalah amat berkesan untuk mengembalikan keanjalan kulit, menghilangan kedutan, mencerah serta melicinkan struktur kulit muka dan badan untuk memberikan keyakinan serta penampilan yang lebih muda, cantik dan sihat.
Setiap satu sache Dermi Collagen KLife mengandungi 2000mg Collagen tulen. Hanya dengan beberapa sachee (mengikut keadaan kulit) sahaja, anda akan dapat lihat perbezaannya. 
Cara Pengambilan:
Campurkan satu sache dengan air suam, kacau sehingga sebati dan minum sekali sehari. Minumlah setiap hari sehingga anda telah berpuas hati dengan keputusannya. Kemudian, minumlah 3 kali seminggu secara berterusan untuk mengekalkan dan menggantikan kandungan collagen pada kulit. 
Detox C5 (RM69.00)
Fiber: Rahsia kearah pembersihan usus dan mempengaruhi hormon yang mengawal sistem penghadaman.
Permasalahan: Hidup tanpa fiber mencukupi membuatkan kita sentiasa merasa ketidakselesaan.
Penyelesaian: Apabila fiber melalui usus kita, ia sebenarnya membawa bersama lemak dan kalori keluar, mencegah tubuh dari memecah dan menyerap sesetengah lemak dan kolestrol yang dihadam.
Detox C5 Klife- Fiber penentang lemak, membantu menentang sembelit dan buasir, mengeluarkan toxid dari usus, menggalak pembuangan najis, mengurangkan tahap kolestrol, melambatkan penyerapan glukosa, memudahkan sel membakar gula daripada menyimpannya sebagai lemak yang akan mengakibatkan penyakit kencing manis.
Pengambilan:
Campurkan 2 sudu besar Detox C5 di dalam segelas air. Kacau dan minum dengan segera pada waktu pagi ketika perut kosong, sekurang – kurangnya 1/2jam sebelum sarapan pagi
FIR HEALTHY SOCKS (RM42.00)
  • Menghilangkan bau kaki.
  • Mengurangkan Sakit Sendi dan lenguh kaki
  • Membantu mengurangkan tekanan darah tinggi serta gaut
  • Bertindak sebagai refleksologi kepada kaki
  • Sesuai untuk  mereka yang banyak bediri dan berjalan.
  • Mengandungi tenaga infra merah dan ion negatif


TESTIMONI


Produk: CGC

TENGKU KHALIDATUL, 29. SETIAWAN
Pada mulanya saya rasa was-was nak minum air CGC ni.. Setelah saya minum air CGC yang telah disejukkan terlebih dahulu rasanya lebih enak. Ia membuat kencing saya lebih lawas dan kulit muka saya semakin licin (mungkin khasiat seakan memakan sayuran) dan juga badan terasa semakin segar. Boleh juga disapu pada kulit yang bermasalah.


Produk: Trimming Gel

Syahidanafisha Naseri, 27. Bentong, Pahang
saya baru pakai produk klife trimming gel ini dalam masa 3 minggu selepas di perkenalkan oleh kawan saya dan kesannya amat memberangsangkan di mana saya yang dulunya memakai seluar bersaiz 32 cm dan agak ketat di bahagian peha dan pinggang tetapi kini saya tidak lagi barasa malu dengan keadaan peha saya malah saya jugak sudah boleh memakai seluar yang bersaiz 30. selain itu produk ini juga melancarkan sistem pembuangan saya..terima kasih klife


Produk: FiR Health Sock

Pn Hariah, 53. AMPANG
MEMBATU MENGURANGKAN BENGKAK DAN SAKIT SENDI KAKI SAYA SEMASA PERJALANAN SAYA SEMASA MELANCUNG KE BEIJING.MEMBANTU SAYA TIDUR NYENYAK PADA WAKTU MALAM DAN SIANG HARI.T.KASIH KLIFE DENGAN ADANYA STOKIN HARGA YANG MURAH MEMBANTU MENYELESAIKAN MASAALAH SAYA.


Produk: FiR Health Sock

Nurhasyimah, 28. AMPANG
Saya menghidap plantar faciitis(sakit pada bahagian tumit setiap kali bangun pagi dan juga dari duduk dalam jangkamasa lama,more info = http://www.arthroscopy.com/sp09001.htm) pada tumit kiri saya sejak dari tahun 2006. Saya pernah mendapat beberapa rawatan di klinik swasta.Pada mulanya doktor hanya memberi ubat tahan sakit. Tetapi pada Jun 2007 tumit kanan saya mengalami plantar faciitis juga.Lantas doktor telah menyuntik kedua-dua tumit saya dengan sejenis ubat.Tumit saya pulih,tetapi hanya bertahan selama 4 bulan.Tumit saya sakit semula seperti dahulu. Saya ingin mendapatkan suntikan itu lagi tapi doktor tidak menyarankannya kerana suntikan itu tidak boleh terlalu kerap kerana akan mengakibatkan lumpuh pada bahagian kaki. Terpaksalah saya menahan sakit ini tanpa apa2 ubatan,cuma melakukan senama ringan khas utk Plantar Faciitis ini. Pada bulan April 2009 saya telah diperkenalkan FiR Health Sock ini oleh adik saya. Saya pun mencuba stokin ini dan hari demi hari saya rasakan yang sakit tumit saya ini semakin berkurangan sehinggalah pada hari ini,95% sakit tumit saya ini telah pulih.Saya akan terus memakai stokin ini walaupun telah pulih seterusnya. Memandangkan saya sedang mengandung,stokin ini akan menjadi teman harian saya sehinggalah habis berpantang nanti,insyaAllah...


Produk: DETOX C5

SITI JUNAINAH, 23. Kuching SARAWAK
Saya mengalami masalah berat badan.Saya mengetahui produk klife ini melalui rakan saya dan saya trus mencuba. Setelah mencuba produk Detox C5 selama sebulan, saya telah berjaya menurunkan beberapa kilogram berat badan saya, dan kesannya amat ketara.Terima kasih kepada DERMILAB kerana memperkenalkan Produk KLIFE.


Produk: Dermi Collagen

Hidayah, 25. Subang
Selain sibuk untuk menurunkan berat badan,saya mengambil produk klife dermi collegen sebagai langkah berjaga2 bila berat badan turun pasti ada bhagian yg akan mengecut, jadi apabila menggunakan dermi collegen dapat menghalang proses kedutan pada saya.


Produk: FiR Health Sock

ROSIDI, 30. puchong
masalah saya tapak kaki sering kebas-kebas dan lutut lenguh bila malam hari ( waktu sejuk ). alhamdulillah selepas memakainya dalam masa 1/2jam kebas di kaki tiada lagi begitu juga dengan lutut.


Produk: Lobata

Arni, 32. Perak
setelah menggunakan produk klife lady lobata dalam jangka masa yg singkat segala masalah yg dihadapi oleh setiap wanita dapat diselesaikan contohnya keputihan dan sengugut.sekarang sy tidak lagi mengalami masalah keputihan dan sengugut.


Produk: Xtra Cafe

Mohd Faiz , 23.
Pada mulanya terasa perasaan ego dan malu untuk mengambil minuman tenaga sampingan memandangkan masih muda dan baru mendirikan rumah tangga. Tetapi saya mencuba juga extra café klife dengan niat hanya ingin mencuba. Saya mengambil sepeket bila `diperlukan… “Kesannya bermula apabila saya merasakan lebih tenaga dan lebih hebat selepas minum terutama “bersama isteri”.. Bukan itu sahaja, saya juga berasa lebih segar bangun dari tidur untuk ke tempat kerja…memang saya tidak dinafikan, memang ada kesan yang amat memberangsangkan!!” Bagi yang inginkan lebih tenaga…Anda patut mencuba Extra-café Klife.


Produk: Xtra Cafe

Abu Bakar, 45.
Saya mengalami masalah ejakulasi awal dan selalu berasa letih dan tidak bertenaga. Hubungan kelamin tidak sehebat dahulu. Mungkin disebabkan sibuk bekerja dan usia meningkat. Sudah puas saya mencuba berbagai bagai ubat ubatan di pasaran tetapi mengecewakan. Bersyukur saya telah menjumpai yang ramai lelaki seperti saya tercari-cari.Dengan sepeket Extra café, Kesannya sungguh menakjubkan. Saya dan isteri telah merasakan kehebatannya. Kini saya bukan sahaja bertenaga di rumah, malah ditempat kerja.Isteri saya berpuas hati dengan perubahan diri saya. Barulah saya rasa seperti lelaki gagah perkasa


Produk: Detox C5

Azhari, 28. Kuala Lumpur
Saya mempunyai masalah susah untuk 'buang air besar' dan kurang 'puas' semasa buang air besar. Saya mengambil Detox C5 Klife pada waktu pagi dan malam, kesannya amat ketara kerana saya senang dan berasa sangat puas apabila buang air besar. Setiap hari saya mengambil Detox C5 kerana saya dapat merasakan perut saya dicuci setiap hari. Terima kasih Dermilab kerana memperkenalkan Detox C5 Klife.


Produk: Professor Decarbonizer

Othman Mohamed, 53. Kuala Lipis, Pahang
Kereta wira saya berusia 12 tahun. Kurang pick Up dan kuat minyak.Selepas menggunakan professor enjin senyap, pick up bertambah baik dan penjimatan minyak petrol berkesan.”kebiasaannya dari KL ke rumah (Felda Telang) saya akan mengisi petrol di Kuala Lipis untuk tambahan sehingga sampai ke rumah. Tetapi selepas menggunakan Professor, saya terkejut kerana saya tidak perlu mengisi petrol.Tidak sampai 20 minit selepas menggunakan Professor, saya sudah dapat merasakan perubahan terutama pickup kereta saya.Sungguh menakjubkan. Anda MESTI mencubanya baru tahu kesannya.



ANDA berminat???? Hubungi AIN - 0129945629
Acc: 04030065987523 (CIMB)