Monday, February 28, 2011

Apam Dot-dot

resepi yang sangat mudah.. rajin dengan tidak aje..hahha
saya nak kongsi cara-cara membuat apam polka dot-dot ni..sebenarnya lagi menarik dan "nikmat" kalau dikukus dalam cup yang kecik2 tu.. tapi..hahhhh... x rajin la saya... penat ulang alik ke dapo nak picit adunan sikit2 ni..hahha.. 

Bahan2nya:
3 biji telur - dari peti sejuk
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus - saya kurangkan sikit
150gm susu segar
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovallete
Filling blueberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag)- saya guna mix fruit
sedikit esen vanilla
beberapa titis pewarna- saya guna hijau dan oren


Cara-cara

Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit.
Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.
Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.
Picitkan blueberry filling secukupnya.
Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan.
Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit.
siappppppppppppppp!!!!!
senangkan???

Rindu padaMU




Tepung Moist Choc Cake

Saya ada jual tepung kek segera. sebagai permulaan, saya berjaya menghasilkan Tepung Moist chocolate cake saya tersendiri.. sesape yang berminat mencuba atau menjadi agen kecil2lan saya boleh hubungi saya ye.. 012-9945629. Saya akan pos ke destinasi anda secara Pos laju.. sehari dah boleh sampai dan dalam masa 1 jam anda boleh menikmati kek choc moist yang sungguh sodapppp!!! nyummmmm...cuma anda perlu tambahkan 3 bahan yang mudah didapai di rumah.. Mudah, Cepat, Lazatttt!! itulah matlamat saya..
Harga??? mmm..murahhh sangat2. 
Kalau anda beli 1 paket - RM15 bersamaan 650g
Beli 2 paket RM28..termasuk postage.. so, anda masuk duit ke akaun saya hari ini, esok sy pos, lusa dah boleh sampaii.. no poblem punye.. 
inilah hasil dari tepung cake ini... 
cepat2 msg atau hubungi sy di talian : 012-9945629 (ainz)

Saturday, February 26, 2011

Masjid Istana Pasir Pelangi JB

Asyik-asyik blog walking cerita tempat perlancongan dan makanan aje.. so, ada baiknya juga kalau saya cerita tentang tempat ibadah untuk orang2 Islam yang dikenali sebagai Masjid..hahha..alamakk..macam skema jek ayat.. baru ni lepas makan asam pedas yang paling sedap di JB, saya dan hubby pegi jalan2 n singgah solat di Masjid Pelangi JB. ia juga dikenali sebagai Masjid Istana Pelangi Johor Bharu yang terletak kira2 0.6km dari Royal Polo Club dan 0.5km dr Istana Tengku Mahkota Johor.
Rekabentuk masjid ini adalah hasil daripada ilham Major lomak iaitu salah seorang pengiring sultan yang kerap mengiring sultan membuat lawatan ke luar negara. manakala kontraktornya pula seorang warga Singapura yang bernama Onn Koon. Masjid ini siap dibina pada tahun 1911.

time saya singgah solat ni, masjid ni masih dalam proses renovation.. Jom kita "melawat"ke tempat "wajib"..hahhaha.. toilet nya bersih sangat2 dan saya mengharapkan ia akan bersih sampai la bila2..
bersih kan???
jom keluar la pulak..dok dalam toilet lama2 buat apa..hahhaha

hmmmm...sesiapa yang datang dari arah plaza pelangi atau dari Sri Tebrau Park bolehlah singgah solat di Masjid Istana Pelangi ni..sambil menghayati keunikan bangunannya yang tersendiri.

Apa yang boleh kita buat selain berSABAR??

Sebut tentang SABAR, memang senang aje bunyi nye kan? tapi, Ya Allah...kenapa la susah sangat kita nak SABAR. Setinggi mana Ujian yang Allah bagi pada kita...kena SABAR.. SABAR SABAR SABAR.. itu aje la perkataan yang mampu buat kita SABAR. Sambil urut dada, mulut sebut SABAR SABAR.. sambil picit kepala, mulut tetap sebut SABAR SABAR. Kita selalu dengar ayat ini.. "Tuhan tak akan uji hambaNya, kalau Dia tahu hambaNya itu tak kuat.."tapi boleh tak kalau hambaNya itu pula memohon...Ya Allah, tolong hentikan Ujian ini, Kerana hambaMu ini dah tak kuat lagi, hambaMu ini dah tidak mampu berSABAR... "tiap kali dimohon sebegini..makin kuat ujian darinya..makin kuat "kemahuan"dariNya supaya kita berSABAR.. apalah hikmah dari keSABARAN ujianMU ini Ya Tuhan!!! ape pun Ujian darinya bukan untuk satu keluhan.tapi, kena bersyukur..mungkin hari ini, hikmah keSABARAN dari Ujian itu belum kita miliki.. mungkin satu masa nanti, GANJARAN itu milik kita..

Thursday, February 24, 2011

SANA SINI MACARON!!!!

Sejak akhir2 ni sana sini asyik sebut macaron macaron macaron.. nyummm... sebutan yang betul "r"tu mcm orang pelat nk sebut huruf "r"..france punye biscuit.. so, sebutan kna la di"france"kan..hahha.. jom kita jalan2 kat blogger2 macaron ni..cari la pic yang cantekkk cantekkk

Apepun perisa macaron ni... cara dan bahan hampir sama aje.. bezanya ikutlah kreativiti masing2 nak buat perisa ape yang korang mau..
Macaron kat bawah ni menggunakan Italian Method yang saya amek dari http://jomkitabuatsendiri.blogspot.com


125gram badam hancur dan 125 gram gula icing. blend dan ayakkan bahan ini bersama-sama.



150gram gula (blogger pakai gula kasar) dan 50ml air




dalam bekas berwarna putih itu ialah 50gram telur putih

Masukkan pewarna, dan gaul hingga sebati.


50gram putih telur & 3 gram serbuk putih telur dicampur bersama, dan dipukul bersama menggunakan whisk dengan kadar sederhana laju.


Air bercampur gula tadi, dimasak sehingga mencecah suhu 117c.


Masukkan air gula kedalam adunan putih telur di dalam bowl mixer. Semasa menuang air gula, pastikan whisk bergerak dengan kadar sederhana. Jangan laju ya, takut air gula tu merecik pulak.

Pukul, dengan kelajuan tinggi sehingga adunan tersebut menjadi "stiff" seperti di atas.
Masukkan adunan telur yang telah dipukul dengan air gula tadi kedalam Campuran Almond, Gula Aising & pewarna. Buat 3 kali ya. Semasa membuat proses ini yang dikenali sebagai proses macaronnage, anda kena pastikan adunan menjadi pekat dan tidak "over do" kerana ia akan menyebabkan macaron anda retak.

Paipkan menggunakan nozel. Gunakan Baking Paper untuk mengalas macaron. Biarkan Macaron anda di luar antara 30 minit - 1jam sebelum dibakar.


Bakar pada suhu 140c untuk 15 - 18 minit. Saya selalu membakar dalam masa 18 minit.
inilah hasilnya!!!!!!!!!!!!


Friday, February 4, 2011

Maksud di sebalik kata2 seorang wanita =)



Kalau wanita bertanya: Lawa ke budak perempuan tu?
Makna tersembunyi: Siapa yang paling lawa? Aku ke, budak perempuan tu?

Kalau wanita bertanya: Awak dah makan ke belum?
Makna tersembunyi: Jom pergi makan. Lapar ni!

Kalau wanita berkata: Lawa-lawa la baju kat sini...
Makna tersembunyi: Belikanlah untuk aku.

Kalau wanita berkata: Rasa macam nak pening la.
Makna tersembunyi: Tolongla picit kepala.

Kalau wanita berkata: Letihnya hari ni. Mana nak masak, basuh kain-baju lagi...
Makna tersembunyi: Makan kat luar jelah. Lepas tu, tolong basuh kain-baju sekali.

Kalau wanita berkata: Kita lebih sesuai berkawan saja.
Makna tersembunyi: Aku tak nak kat kau. Tak paham-paham ke?!

Kalau wanita berkata: Saya suka berkawan dengan awak. Awak baik, memahami …bla bla bla...
Makna tersembunyi: Minat sesangat kat awak la... Rasa macam nak jadi awek awak je.

Kalau wanita bertanya: Awak pernah tak teringatkan awek awak yang dulu?
Makna tersembunyi: Kalau nak gaduh, kalau berani sangat, sebut la nama dia depan aku.

Kalau wanita berkata: Saya sanggup berkorban demi kebahagiaan awak.
Makna tersembunyi: Amboi! Aku kena berkorban. Habih, korang dua ekor yang seronok.

Kalau wanita berkata: Saya tak kisah kalau memang betul awak nak kahwin lagi satu. Asalkan awak berterus-terang dengansaya, bersikap jujur dan berlaku adil.
Makna tersembunyi: Sapa kata aku tak kisah? Adil ke tak adil, aku tak kira! Langkah mayat aku dulu sebelum nak menikah lagi satu.

 

Thursday, February 3, 2011

sebab ape saya sayang awak???


terbaca satu cerita.. Tentang seorang kekasih dengan kekasihnya. diberi nama Adam dan maya

Satu hari maya bertanya kepada adam...

Maya: Nape awak sayang saye eh?
Adam: Ntah.
Maya: Takkan la tak de sebab kot. Sebab saye cantik ke.
Adam: Ntah, saye pun tak tahu.

Si Maya ni pun bengang lah sebab rasa macam si Adam ni nak main main ngan dia aje. Macam tak sayang betul-betul. Maya pun merajuk.

Satu hari, Maya kemalangan. Dia cacat. Dah tak cantik. Adam setia jaga dia kat hospital.

Maya: Awak tak kisah ke saya cacat?
Adam: (Adam geleng) Tak. Awak nak tau tak kenapa saya sayang awak?
Maya: Hmm (Angguk)
Adam: Saya sayang awak sebab diri awak, bukan sebab awak cantik. Tengok, sekarang awak dah tak cantik. Awak cacat. Kalau saya sayang awak sebab kecantikan awak, dah lama saya tinggalkan awak yang cacat ni sorang-sorang.
Maya: (Menangis) Sebab tu ke awak tak jawab bila saya tanya?
Adam: Ye. Sebab saya tak tahu apa reason saya sayang awak.
Maya: Thanks awak.
Adam: Saya sayang awak sangat-sangat. Bukan sebab awak cantik. Saya still sayangkan awak walaupun awak cacat.

the end..

ooooo...mmmmm..agaknya apa dialog antara saya ngan hubby saya ye??? hahahha...ntahhh..nak bukak mulut pun takut..takut jawapan menyimpang jauhh..hahha..bukan leh cayee... "apa yang saya tau...saya sayangg dia sebab sayanggg  dia.. ". itu lah jawapan muktamad...selalu jugak saya tanya..."sayang ke saya ni???... jawapan yg slalu saya trima.. "aku sayeeee la ke mu".. sebab ape sayeee ke saya tu...nnt next blog saya tulis..hahhaha... nk brangan dulu apa jawapannya..kahkahkahh

Buatmu Wanita =)

...sambil mencuci mata di sebuah shopping complex, tetiba saya terpanggil untuk masuk ke kedai buku yang ada kat dlm shopping complex tu. asalnya, x terfikir pun nak membeli bahan bacaan. biasa nya, beli buku resepi jek..kali ni tertarik dengan buku psikology. harap2nya boleh membantu saya dalam banyak perkara.. buku ini sesuai untuk semua peringkat umur...sebagai anak, tunang org, isteri, mahupun kaum lelaki. walaupun tajuk buku ini "Buatmu Wanita" tetapi, alangkah bagus kalau sang lelaki juga dapat membaca juga memahami isi kandungan yang disampaikan.  hari saya menulis blog ni, masuk hari kedua buku ini menjadi milik saya..sudah masuk bab yang ke-6. saya akan terus membaca lagi..