Wednesday, October 5, 2011

Blueberry Cheese Tart

untuk tempahan, hubungi : Ain 012-9945629
50 biji- RM35 (termasuk postage semenanjung malaysia sahaja) 
RM30 -50 biji..x boleh pos ye..hancussss :)

Wednesday, June 15, 2011

30JQ

Ikhtiar terakhir habis-habisan sebelum bertawakkal. INSYAALLAH..

a) Kandungan: 30 Juzuk ayat-ayat Al-Quran.
- Diannusyarahkan menggunakan pinggan putih berpenakan ranting kayu dan tinta dari Za'faran. 
- Ditilawahkan lengkap dari Surah al-fatihah hingga an-nas
- Diperkuat dengan ayat-ayat dan surah-surah bagi ikhtiar rawatan berkaitan penyakit zahir dan batin seperti gangguan makhluk halus, rawatan barah dan organ dalaman seperti jantung, paru-paru dan sebagainya.

Harga : RM75.00 ( Semenanjung)
            RM 80.00 (Sabah/Sarawak)


Hubungi :
Ainz Hamzah- 012-9945629


Monday, June 13, 2011

mini pizza dan red bean bun lagi

Ni hasil kerja tanganku tanpa mood. kpala ntah kemana, tangan ntah kemana., buat jugak la, dh sekian lama memalaskan diri..paksa diri untuk rajin..hehehe




meleleh sos nye..xpi my doter x suka peas tu..(pelik sungguh)..hahhaha..cekik2 hujung jari jek..gereee gereee :)

Monday, May 9, 2011

Kek Alunan Kasih


Wahhh
Kek lagi!!! :)
Projek ari ni mengKEK alunan kasih..entah..mcm alunan ombak pun ye jugak..ni 1st kek yang saya buat guna oven. selama ni asyik kukus jek.. tak sukaguna oven sebab hati tak tenteram..takut terhangit..ni pun tak berapa nak lulus, tapi boleh la saya nak share resepi..


bahan-bahan:
5 biji telur
1 1/2 cawan butter
2 1/2 cawan tepung gandum (ayak dengan baking powder)
2 cawan gula halus
1 sudu kecil baking powder
1/2 cawan susu cair
1 sudu kecil esen vanilla
serbuk koko
pewarna (saya guna merah dan oren brand nona)
tapis teh halus untuk ayak serbuk koko

cara-caranya:
pukul butter dan gula hingga kembang. masukkan telur satu persatu. pukul hingga ringan dan gebu. masukkan esen vanilla, susu cair dan tepung gandum sikit demi sikit. bahagikan kepada 3 bahagian dan masukkan pewarna. saya guna warna merah, oren dan warna asal. masukkan adunan pertama ke dalam loyang yang telah disapu dengan butter. kamudian ayak serbuk koko di atas permukaan lapisan pertama. masukkan adunan yang ke dua dan ayak lagi serbuk koko. masukkan adunan yang terakhir. jangan risau. serbuk koko tidak akan terangkat.. masuk ke dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu dan bakar selama 30minit @ hingga masak pada suhu 170C..

tapi saya punya kek ni tak berapa comel sikit. ada sikit lopong2 dan serbuk koko sedikit tebal masa saya masuk adunan dalam loyang yang saya tak perasan.


Wednesday, May 4, 2011

Mango Puding Trifle

Projek ari ni nak cuba buat Puding Trifle pulak.. frust ari semalam try buat Kek Puding Karamel, tak menjadi..eeee...memang geramm pudingnya jadi..tapi kek nye ntah jadi ape ntah.. tak xpe, next time saya nak 
lagi buat kek puding karamel sampai betul2 jadi.
alamak..lapisan bawah dah tertutup dengan puding pulak..hik hik hik...
saya buat perisa mangga..guna bahan yang ada jek.. atas tu saya tabur je dengan lebihan fruit koktail... serius sedap... cubalah nanti ye.. saya share resepi kat sini;

Bahan2:
1 tin fruit koktail
kristal jelly (saya guna perisa manggo)
1 tin susu cair + 2 cawan air+ 7 sudu besar gula
4 sudu besar tepung kastard + 1 cawan air
whipping cream

Cara2nya:

lapisan 1;
Swiss Roll dipotong dan disusun di lapisan bawah..kamudian tuang air fruit koktail supaya kek menjadi lembap.

lapisan 2:
1 tin susu cair +2 cawan air + 7 sudu besar gula ( dimasak atas api hingga mendidih) kamudian masukkan (4 sudu tepung kastad yang telah dibancuh dengan 1 cawan air). kacau hingga likat dengan api yang perlahan. tuang atas lapisan 1.

lapisan 3:
Tabur fruit koktail atas lapisan ke 2

lapisan 4:
masak jelly mengikut arahan pada kotak jelly tersebut. sejukkan sebentar dan tuang atas lapisan 3

lapisan 5:
putar whipping cream hingga kembang dan masukkan whipping cream sebagai topping. kalau nak cantik, piping menggunakan nozel. dan hiaslah dengan buah spt strawberry atau apa sahaja yang anda suka.

Saturday, April 30, 2011

Sup Tulang Merah Special

Ntah kenapa la dengan kepala saya ni...ni kes blogwalking la ni... saya tetiba je teringin makan sup gear box.. search resepi yang paling sedap..tetiba terpikat dengan Sup Tulang Merah Singapore.. Dia punye kaler tu memikat hati saya.. Saya akan pastikan saya akan buat Sup ni dalam minggu ni juga.. cewahh cewahhh cewahhh.. ayat tengah semangat.. xtau la esok camne la ayatnya pula yek...hahha... keesokannya, saya pun ke pasar peladang skudai, tak jauh pun dari rumah... pasang niat dari umah, nak masak dengan hati sepenuh hati dan harap dapat tulang fresh..alhamdulillah...Tuhan dengar permintaan saya.. Syukur...inilah rupanya sup tulang merah yang telah saya ubahsuai dari resepi asal. 
 Tulang yang interframe tu saya punya,,sebab tak banyak isi.. nak makan..tapi x mo makan banyak isi..camne tu ek..

Tau tak?? ni first time saya makan kambing dengan sengajanya :) ( best tak ayat tu).. ye la... saya memang x boleh dan x suka dengan bau nya.. ntah kenapa hari ni saya boleh makan pulak. biasa saya jadi tukang masak je. Alhamdulillah, tulang ni pun saya rebus awal2 dengan halia supaya tak ada bau..
Bahan2 untuk sup tulang merah ni adalah:

Bahan A
1 kg tulang / gear box
1 inci Halia
( bahan ini dibersih dan direbus hingga empuk)

Bahan B
*5 ulas bawang merah
*5 ulas bawang putih
*1 inci halia
*2 sudu besar bawang goreng
( semua bahan B bertanda * mestilah diblend)
Rempah tumis( bunga lawang, kayu manis, buah pelaga dan buga cengkih)


Bahan C
1 sudu besar jintan putih
1 sudu besar jintan manis
(digoreng tanpa minyak dan diblend menjadi serbuk)

Bahan D
1/2 cawan sos tomato
1/4 cawan sos cili
1/2 cawan cili boh/ cili giling ( saya tambah 6 biji cili padi ditumbuk halus)
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar tomato puree
1 sudu besar serbuk lada hitam
1 biji kentang (Direbus dan diblend ngan 1/4 cawan air)

Bahan E
garam/bahan perasa

Hahan hiasan
Kubis Dihiris halus
daun pudina Dihiris halus

cara2nya: rebus tulang hingga empuk. dalam kuali lain.masukkan rempah tumis.. tumis bahan B yang bertanda * hingga  masak. masukkan Bahan C, Bahan D kecuali kentang. kacau sebati hingga garing dan naik bau. masukkan bahan yang ditumis iji kedalam rebusan tulang yang sudah empuk. jangan dibuang air rebusan tersebut ye.. masak 15minit..masukkan kentang. masak hingga pekat. masuk bahan perasa.. siap dihidangkan..


Thursday, April 28, 2011

3rd Pizza

1st time buat pizza..terasa macam makan biskut..hahha.. ntah nape lah jadi macam tu.. 2nd time alhamdulillah..sudah ada pembaikan..ni kali ke-3 prcubaan. mmmm...boleh la tahan sikit dari sebelumnya.. saya memang tak berseni bab2 memasak ni. tapi, saya nak juga mencuba semua benda yang saya mahu cuba. nanti bila dah betul2 pandai..boleh bukak bakery or restoren sendiri jek.. tapi, time tu..saya dah x mo masak..saya nak jaga kaunter jek.. * bling bling :) saya cuma tau kira duit..hahhahaha.. (mata dollar la katanya..nak wat camne kan???) :)  ( Angan2 yang belum kesampaian..ahhaha)
sedikit rentung di atas tu., tapi x menyekat seleraku mau menelannya..hehe3.. oven punye pasal la ni..hahhaha.. mungkin nak oven baru la tu... kekkekekekeke