Monday, March 7, 2011

kuih tako

kuih tako ni saya buat sempena meraikan majlis doa selamat anak kak ros. jiranku dan sempena keberangkatan kak ros dan hj ahmad mengerjakan umrah..
senang aje cara nk buatnya.. saya hanya menggunakan tepung segera Hoen Kwe  Nona brand..

Bahan lapisan bawah:
1 paket tepung segera Hoen Kwe perisa Hijau
1liter air
1 1/2 cawan gula.. boleh dikurangkan sedikit 
sengkuang cina dipotong dadu kecil2 (optional)


lapisan atas:
1liter santan diambil dr sebiji kelapa
4sudu makan tepung jagung
garam secukup rasa


cara2nya:
Masuk semua bahan lapisan bawah ke dalam periuk hingga pekat. masukkan sengkuang cina. apabila sudah pekat. matikan api dan masukkan adunan ke dalam bekas (anyaman daun pandan). masukkan 1/2 daripada anyaman sahaja. biarkan sedikit keras.

cara lapisan atas.
masukkan semua bahan lapisan atas ke dalam periuk. kacau hingga pekat. matikan api dan masukkan ke dalam bekas anyaman daun tadi sebagai lapisan atas. sejukkan dan masuk ke dalam peti ais.. senang kan??

No comments:

Post a Comment