Sunday, June 3, 2012

Snow Cheese cake

Dah lama rasanya nk buat snow cheese cake. hari ni tertunai hajat.. lum potong pun lagi, masuk je trus dlm esbok.. taraaaaaaaaaaaa...



 haaaa...baru je potong.. hubby ku dh ngap 3 slices.. ;)
 

x susah pun.. ni saya share resepinya:

  • 6 biji telur ayam (buang 2 putihnya)
  • 100 gram gula halus
  • 100 gram tepung hong kong 
  • 60 gram tepung jagung (maizena)
  • 50 gram air sejuk (dr peti ais)
  • 1 sudu teh baking powder
  • 2 sudu makan ovellete
  • 75 gram mentega (dicairkan) 
  • UNTUK KRIM
  • 1 kotak cream cheese philadelphia
  • 1/2 tin susu pekat manis- (satukan kedua bahan & putar sehingga tidak berketul2.
  • UTK TOPPING
  • 1/2 kotak kraft cheddar cheese (parutkan)
Masukkan semua bahan2 kecuali mentega cair dan putar.
2. Putar dengan kelajuan sederhana sehingga pekat & putih.Akhir sekali masukkan mentega cair.Putar lagi sehingga sebati dan pekat.
3. Sediakan acuan yang telah dialas dgn kertas minyak atau yang telah disapu dgn sedikit butter.
4. Bakar dalam acuan dengan menggunakan api atas dan bawah selama 45 minit ke 1 jam, dengan kepanasan 150C.
5. Bila sudah masak biarkan sejuk. Bila dah sejuk, ambil pisau kek dan potong di tengah-tengah kek supaya menjadi dua bahagian.
6. Sapukan krim cheese di atas separuh kek tadi, kemudian letakkan sebahagian lagi kek di atasnya.
7. Sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek.
8. Akhir sekali taburkan cheese kraf yang telah diparut tadi keseluruh kek sebagai toppingnya.

  selamat mencuba!!!!!!!!!!




2 comments:

  1. HAISH.... susah la umi.. lagi senang kalu dpt yg adh ad dlm esbok 2.. kekekeke

    ReplyDelete
  2. hahha..tu lg cepat ye.. :)

    ReplyDelete