Wednesday, May 4, 2011

Mango Puding Trifle

Projek ari ni nak cuba buat Puding Trifle pulak.. frust ari semalam try buat Kek Puding Karamel, tak menjadi..eeee...memang geramm pudingnya jadi..tapi kek nye ntah jadi ape ntah.. tak xpe, next time saya nak 
lagi buat kek puding karamel sampai betul2 jadi.
alamak..lapisan bawah dah tertutup dengan puding pulak..hik hik hik...
saya buat perisa mangga..guna bahan yang ada jek.. atas tu saya tabur je dengan lebihan fruit koktail... serius sedap... cubalah nanti ye.. saya share resepi kat sini;

Bahan2:
1 tin fruit koktail
kristal jelly (saya guna perisa manggo)
1 tin susu cair + 2 cawan air+ 7 sudu besar gula
4 sudu besar tepung kastard + 1 cawan air
whipping cream

Cara2nya:

lapisan 1;
Swiss Roll dipotong dan disusun di lapisan bawah..kamudian tuang air fruit koktail supaya kek menjadi lembap.

lapisan 2:
1 tin susu cair +2 cawan air + 7 sudu besar gula ( dimasak atas api hingga mendidih) kamudian masukkan (4 sudu tepung kastad yang telah dibancuh dengan 1 cawan air). kacau hingga likat dengan api yang perlahan. tuang atas lapisan 1.

lapisan 3:
Tabur fruit koktail atas lapisan ke 2

lapisan 4:
masak jelly mengikut arahan pada kotak jelly tersebut. sejukkan sebentar dan tuang atas lapisan 3

lapisan 5:
putar whipping cream hingga kembang dan masukkan whipping cream sebagai topping. kalau nak cantik, piping menggunakan nozel. dan hiaslah dengan buah spt strawberry atau apa sahaja yang anda suka.

No comments:

Post a Comment