Monday, February 28, 2011

Apam Dot-dot

resepi yang sangat mudah.. rajin dengan tidak aje..hahha
saya nak kongsi cara-cara membuat apam polka dot-dot ni..sebenarnya lagi menarik dan "nikmat" kalau dikukus dalam cup yang kecik2 tu.. tapi..hahhhh... x rajin la saya... penat ulang alik ke dapo nak picit adunan sikit2 ni..hahha.. 

Bahan2nya:
3 biji telur - dari peti sejuk
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus - saya kurangkan sikit
150gm susu segar
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovallete
Filling blueberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag)- saya guna mix fruit
sedikit esen vanilla
beberapa titis pewarna- saya guna hijau dan oren


Cara-cara

Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit.
Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.
Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.
Picitkan blueberry filling secukupnya.
Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan.
Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit.
siappppppppppppppp!!!!!
senangkan???

Tepung Moist Choc Cake

Saya ada jual tepung kek segera. sebagai permulaan, saya berjaya menghasilkan Tepung Moist chocolate cake saya tersendiri.. sesape yang berminat mencuba atau menjadi agen kecil2lan saya boleh hubungi saya ye.. 012-9945629. Saya akan pos ke destinasi anda secara Pos laju.. sehari dah boleh sampai dan dalam masa 1 jam anda boleh menikmati kek choc moist yang sungguh sodapppp!!! nyummmmm...cuma anda perlu tambahkan 3 bahan yang mudah didapai di rumah.. Mudah, Cepat, Lazatttt!! itulah matlamat saya..
Harga??? mmm..murahhh sangat2. 
Kalau anda beli 1 paket - RM15 bersamaan 650g
Beli 2 paket RM28..termasuk postage.. so, anda masuk duit ke akaun saya hari ini, esok sy pos, lusa dah boleh sampaii.. no poblem punye.. 
inilah hasil dari tepung cake ini... 
cepat2 msg atau hubungi sy di talian : 012-9945629 (ainz)

Saturday, February 26, 2011

Masjid Istana Pasir Pelangi JB

Asyik-asyik blog walking cerita tempat perlancongan dan makanan aje.. so, ada baiknya juga kalau saya cerita tentang tempat ibadah untuk orang2 Islam yang dikenali sebagai Masjid..hahha..alamakk..macam skema jek ayat.. baru ni lepas makan asam pedas yang paling sedap di JB, saya dan hubby pegi jalan2 n singgah solat di Masjid Pelangi JB. ia juga dikenali sebagai Masjid Istana Pelangi Johor Bharu yang terletak kira2 0.6km dari Royal Polo Club dan 0.5km dr Istana Tengku Mahkota Johor.
Rekabentuk masjid ini adalah hasil daripada ilham Major lomak iaitu salah seorang pengiring sultan yang kerap mengiring sultan membuat lawatan ke luar negara. manakala kontraktornya pula seorang warga Singapura yang bernama Onn Koon. Masjid ini siap dibina pada tahun 1911.

time saya singgah solat ni, masjid ni masih dalam proses renovation.. Jom kita "melawat"ke tempat "wajib"..hahhaha.. toilet nya bersih sangat2 dan saya mengharapkan ia akan bersih sampai la bila2..
bersih kan???
jom keluar la pulak..dok dalam toilet lama2 buat apa..hahhaha

hmmmm...sesiapa yang datang dari arah plaza pelangi atau dari Sri Tebrau Park bolehlah singgah solat di Masjid Istana Pelangi ni..sambil menghayati keunikan bangunannya yang tersendiri.

Thursday, February 24, 2011

SANA SINI MACARON!!!!

Sejak akhir2 ni sana sini asyik sebut macaron macaron macaron.. nyummm... sebutan yang betul "r"tu mcm orang pelat nk sebut huruf "r"..france punye biscuit.. so, sebutan kna la di"france"kan..hahha.. jom kita jalan2 kat blogger2 macaron ni..cari la pic yang cantekkk cantekkk

Apepun perisa macaron ni... cara dan bahan hampir sama aje.. bezanya ikutlah kreativiti masing2 nak buat perisa ape yang korang mau..
Macaron kat bawah ni menggunakan Italian Method yang saya amek dari http://jomkitabuatsendiri.blogspot.com


125gram badam hancur dan 125 gram gula icing. blend dan ayakkan bahan ini bersama-sama.



150gram gula (blogger pakai gula kasar) dan 50ml air




dalam bekas berwarna putih itu ialah 50gram telur putih

Masukkan pewarna, dan gaul hingga sebati.


50gram putih telur & 3 gram serbuk putih telur dicampur bersama, dan dipukul bersama menggunakan whisk dengan kadar sederhana laju.


Air bercampur gula tadi, dimasak sehingga mencecah suhu 117c.


Masukkan air gula kedalam adunan putih telur di dalam bowl mixer. Semasa menuang air gula, pastikan whisk bergerak dengan kadar sederhana. Jangan laju ya, takut air gula tu merecik pulak.

Pukul, dengan kelajuan tinggi sehingga adunan tersebut menjadi "stiff" seperti di atas.
Masukkan adunan telur yang telah dipukul dengan air gula tadi kedalam Campuran Almond, Gula Aising & pewarna. Buat 3 kali ya. Semasa membuat proses ini yang dikenali sebagai proses macaronnage, anda kena pastikan adunan menjadi pekat dan tidak "over do" kerana ia akan menyebabkan macaron anda retak.

Paipkan menggunakan nozel. Gunakan Baking Paper untuk mengalas macaron. Biarkan Macaron anda di luar antara 30 minit - 1jam sebelum dibakar.


Bakar pada suhu 140c untuk 15 - 18 minit. Saya selalu membakar dalam masa 18 minit.
inilah hasilnya!!!!!!!!!!!!