Thursday, June 12, 2014

Cerita minggu lepas... Kuew tiaw hong kong. Saya tak tipu..serius sedap...sampai hubby request 2hari berturut- turut...
Namti saya tulis resepi nya ye... 
Ni create guna hengpong.. Susah naik taip. Almaklumlah.. Tangan tak bedung... Hikhik


Entry kali ni blueberry cheese tart. Dah berhabuk sangat2 blog ni... 







Selamat menjamu mata... Hihi

Friday, January 24, 2014

Moist Chocolate Cake

Holla Holla...Banyak betul habuk kat sini... dh lama tak update blog.. hihi..
Projek hari ni, buat kek besday untuk anak jiran.. boleh ler..1st time deko.
Apepun..Heppy Besday Zafran.. Semoga jadi anak yang Soleh dan Pintar... 


Monday, June 11, 2012

Dahi Bhaley

holla holla.. ari ni saya try buat dahi Bhaley.. ada jugak yang panggil dahi vale. ada jugak yang panggil dahi Bhalle, Dahi Bhalla..or watever la... ;) dibuat dari kacang dhal putih dan dhal kuning. macam2 cara blh..senang jek.. hehhe..

Monday, June 4, 2012

Mee hoon Hong Kong

Hari ni mood nk makan mee hoon Hong Kong. Biasa klu rasa nk makan, ke kedai la jawabnye.. saya try google..segalanya dihujung jari je sekarang. antara malas ngan rajin jek..huaaa.. Saya berjaya!!!! inilah hasilnyeee.. :)
tapi kesian la perut hubbyku.. x sampai 2jam makan..perutnye dh berbunyi.. huhuhu.. 
ayat paling best.."mmmm...lapa la.. kita dh mkn ke belum ek??? haha.."
so, saya pun membuka hidangan yang kedua.. snow cheese cake yang saya buat semalam, kekacang dan Tea O limau Panas.. okehhh dah tersandar kekenyangan (agaknye la kot.. :) ) sambil nonton hindustae dan tenis..

okeyy..saya share cara2 membuatnye:
Bahan A
  • 200 gm meehoon
  • 2 biji telur [ dipukul]
Bahan B
  • 6 ekor udang  -buangkan kulit pun boleh.tak buang pun boleh
  • 2 kepingan dada ayam -hiris kecil
  • 1 biji panjang fish cake potong nipis
  • 4 biji fish ball-belah 4
  • 4 ulas bawang putih -ketuk je-
  • sedikit sawi cina-potong kecil
  • sedikit bunga kobis -dipotong kecil
  • sedikit carrot -potong bulat-
  • 2 tangkai jagung kecil-hiris serong
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 2 sudu makan tepung jagung-bancuh dengan sedikit air
  • 3 cawan air
  • 1 kiub ayam
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1/2 sudu besar lada sulah
  • garam
  • minyak
  • tambah bawang goreng dan daun sup/bawang / daun ketumbar di hiris
Cara-cara
1. Rendam dan rebus mee hoon hingga lembut. Ambil sedikit mee dan masukkan ke dalam sebiji telur yang telah di pukul.Goreng dengan sedikit minyak cam buat telur dadar.
2. Rebus 3 cawan air dengan 2 keping dada ayam. Campurkan dengan 1 kiub ayam. Biarkan mendidih. Tutup api.
3. Tumis sedikit bawang putih hingga agak garing dan masukkan udang, fish cake dan fishball.
4. Masukkan air rebusan ayam bersama lada sulah, sos tiram, baby corn dan carrot.
5. Biarkan mendidih dan masukkan tepung jagung yang telah dicampur air dan kacau-kacau supaya tepung.
5. Campurkan sawi cina dan bunga kobis. Tutup api dan kacau. Perasakan dengan garam.
6. Tuang kuah ke atas mee yang telah di goreng dan hidangkan. Sedap dimakan panas-panas.
8. Taburkan bawang goreng dan daun sup/daun bawang/daun ketumbar.

selamat mencuba la ye!!

Sunday, June 3, 2012

Snow Cheese cake

Dah lama rasanya nk buat snow cheese cake. hari ni tertunai hajat.. lum potong pun lagi, masuk je trus dlm esbok.. taraaaaaaaaaaaa...



 haaaa...baru je potong.. hubby ku dh ngap 3 slices.. ;)
 

x susah pun.. ni saya share resepinya:

  • 6 biji telur ayam (buang 2 putihnya)
  • 100 gram gula halus
  • 100 gram tepung hong kong 
  • 60 gram tepung jagung (maizena)
  • 50 gram air sejuk (dr peti ais)
  • 1 sudu teh baking powder
  • 2 sudu makan ovellete
  • 75 gram mentega (dicairkan) 
  • UNTUK KRIM
  • 1 kotak cream cheese philadelphia
  • 1/2 tin susu pekat manis- (satukan kedua bahan & putar sehingga tidak berketul2.
  • UTK TOPPING
  • 1/2 kotak kraft cheddar cheese (parutkan)
Masukkan semua bahan2 kecuali mentega cair dan putar.
2. Putar dengan kelajuan sederhana sehingga pekat & putih.Akhir sekali masukkan mentega cair.Putar lagi sehingga sebati dan pekat.
3. Sediakan acuan yang telah dialas dgn kertas minyak atau yang telah disapu dgn sedikit butter.
4. Bakar dalam acuan dengan menggunakan api atas dan bawah selama 45 minit ke 1 jam, dengan kepanasan 150C.
5. Bila sudah masak biarkan sejuk. Bila dah sejuk, ambil pisau kek dan potong di tengah-tengah kek supaya menjadi dua bahagian.
6. Sapukan krim cheese di atas separuh kek tadi, kemudian letakkan sebahagian lagi kek di atasnya.
7. Sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek.
8. Akhir sekali taburkan cheese kraf yang telah diparut tadi keseluruh kek sebagai toppingnya.

  selamat mencuba!!!!!!!!!!




Wednesday, May 2, 2012

Red Velvet II

Holla2... Badan x sihat pun, tangan saya gatal2 nk membaking. xleh duduk diam, nnt badan lagi rasa sakit. x reti pun  sebenarnya. buat2 je la reti. kalau x buat keje, nnt kpala menjelajah satu dunia. pikir melampau2. so, alangkah baik kalu sambil kepala menjelajah, tangan menggodeh tepung..huhuhu. ada la jugak hasil. Saya makan sepotong jek. hok lain tu saya anto ke UTM. kasi kanak2 riang makan.. celebrate besday 2, 3 bulan lepas n akan datang la ye..Cik jah n da geng :)