Thursday, April 19, 2012

Mak saya

Ini gambar terakhir bersama Mak saya:


Konvokesyen Pertama dan terakhir saya waktu hayatnya Mak..Saya menerima Diploma Pengajian Islam Dakwah dan Pengurusan dan melayakkan sy menyambung pelajaran dalam bidang Pengurusan Perniagaan.   Gambar ni bertarikh 27 Jun 2003.. 3 tahun sebelum kembalinya Mak ke Rahmatullah.. dan Tahun 2007, setahun selepas Mak pergi, sy sekali lagi menerima segulung Ijazah. Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan dengan Kepujian. tapi, saya tak dapat menghadiri majlis tersebut kerana masalah kesihatan..
sedih bila teringat kenangan sewaktu arwah terlantar sakit. tiada siapa yang tahu kesakitan beliau. hanya dirinya dan Allah yang tahu. kesian.. setiap kali saudara mara, sahabat handai yang datang menziarah Mak, mereka akan menangis. Betapa kuatnya semangat Mak berjuang untuk terus hidup.
Saya tak berhajat untuk ambil gambar Mak sewaktu dia sakit. sebab saya tak sanggup melihat kesakitan dia. penyakit yang hingga kini kami tak tahu, namanya. dokter mengklasifikasikan sebagai barah urat. tapi, effect kepada breast utamanya. dan akhirnya berjangkit hampir keseluruhan badan. setelah setahun berulang alik ke HTAA Kuantan, Mak ambil keputusan untuk berubat kampung. Almaklumlah, orang2 tua tak tahan asyik ulang alik ke hospital, lepas satu2 sel diambil, xpi x dpt kesan apakah penyakit. Berubat kampung pun Mak tak pernah jemu. Dengar aje, org d kg sana pandai ubat, Mak pegi. saya sempat menemani Mak berubat sekali sebab sy masih belajar waktu itu. ikutkan hati, saya nk resign aje dr belajar. xpi, Mak Tak Kasi.
hanya tingggal 1 semester aje masa itu. saya tak pernah henti berdoa, moga Mak akan sembuh. sy nak mak dapat merasai hasil dr kejayaan saya.
akak ipar saya, korbankan diri dan kerjayanya kerana menjaga Mak. walaupun Mak hanya ibu mentuanya, xpi tak pernah terlintas dihatinya, ia sebagai menantu. malah sebagai anak. Mak pun tak pernah anggap akak sebagai menantu, tapi lebih dr anak sndri. terima kasih atas jasa akak menjaga Mak. tak terbalas jasa itu..
seminggu sebelum Mak pergi, pergi meninggalkan kami, saya sempat tidur dengan Mak. walau Mak hanya baring atas tilam bujang waktu itu, saya blh tido atas tilam yang sama. hingga ke pagi, tangan saya tak pernah renggang dr memegang tangan Mak yang sudah bengkak. effect dr breast dia. setiap kali Mak terjaga dan bergerak, tangan saya akan secara automatik memicit2 lengan Mak. Ya Allah, rindunya saya pada Mak. Memandikan dia waktu dia tengah sakit. Hanya hati ini yang tahu.. Tak boleh pegang sebarangan, tak boleh tersalah angkat. salah pegang, salah angkat, darah akan memancut keluar dr breast mak. Alangkah sedih hati. xpi, semangat Mak kuat. tak pernah saya dengar mak mengeluh sedikit pun. tangan x pernah lepas dari memegang tasbih.  3 hari sebelum Mak meninggalkan kami untuk selamanya, saya sempat mencuci najis Mak, saya perasan najisnya bewarna putih, xpi saya tak terfikir mak akan pergi meninggalkan kami waktu terdekat. saya  teringat, saya menyuap mak nasi. baru sesuap, Mak dah kenyang. saya memaksanya Makan hingga 3 suap. berpeluh2  mak waktu itu, sebab perutnya dah tak boleh terima makanan. tapi, disebabkan saya, Mak gagahkan untuk nganga dan menelan nasi.
Jam 9 pagi: 10.1.2006 hari raya haji pertama dan terakhir untuk Mak, Mak asyik memandang jam. asyik bertanya "lambat lg ke akak balik??? "akak balik kg di jerantut. mak minta supaya akak beli Pampers sbb Mak taknak susahkan kami untuk angkat dia ke tandas.. saya telefon akak sulong saya, minta belikan pampers sbb akak balik lambat. sambil berbual2 dengan mak, sekali sekali saya memicit2 jari dan kaki mak. kaki mak sejuk macam ais. saya bakarkan tungku batu supaya kaki tak sejuk. tapi, mak cakap dia tak sejuk pun.. saya selimut kaki mak, masa tu mak redho je apa yang sy buat, sbb kaki mak dah tak mampu nak gerak. tak terfikir lagsung dlm kpala saya, hari ini adalah hari terakhir mak. Hari ni juga merupakan cuti terakhir saya dan "memaksa" diri untuk pulang ke Kampus. saya memalaskan diri. tapi dengar suara mak..masih terngiang2 suaranya "balik la adeqq, mak ada ke tak ada, belajar sampai habis, awak ada ke tak ada, klu mak mati, mak mati jugak"... sedihnya hati aku.. sambil iron baju, saya nangis. tapi saya cuba sorok air mata supaya Mak tak nampak. bila kak long saya sampai sambil membawa pampers mak, mak panggil saya... Kali akhir, Mak minta saya pakaikan pampers untuk dia. sedangkan kak long ada disebelahnya. dia tetap minta saya yang pakaikan :(. mungkin sbb kak long tak menjaga mak. hanya saya dan akak sahaja yang tau dimana dan bgmana untuk uruskan mak.
saya bersiap2 untuk menaiki bas. tiket pukul 5. tapi..4.30. saya masih di rumah. berat benar hati ini untuk melangkah.. abang saya dan akak baru sampai dr jerantut, sempat saya memeluk akak sebelum melangkah keluar dan akak berjanji akan bgtau sy dengan segera kalau apa2 berlaku pada mak. dalam perjalan pulang ke kampus, Jam 6 ptg,  sy terima mesej dari akak, keadaan mak semakin kronik. nafas mak mula tersangkut2 dan mak dah tak boleh bercakap. hanya terdengar nafas yang tersekat2. Ya allah...saya menahan tangis dalam bas. tapi, saya tak mampu.. rakan yang berada di sebelah kerusi saya waktu itu, cuba menenangkan.jam 9.15mlm, saya terima panggilan, Mak telah pergi meninggalkan kami untuk selamanya, alhamdulillah, Mak pergi tika abah berada disampingnya. abah tak pernah sedikitpun meninggalkan Mak, waktu nafasnya mula tersekat2..perginya mak dengan redho seorang suami.. walaubagaimanapun, saya masih sempat merenung wajah Mak sebelum Mak dikebumikan. Alhamdulillah. Hanya kami adik beradik dan ipar2ku sahaja yang memandikan mak, dengan dibantu oleh seorang makcik yang biasa menguruskan dan memandikan jenazah..  Allah telah memudahkan urusan ku untuk tiba di kampung tepat pada masanya. kini, kenangan mak, selamanya dihati kami. moga Roh mak ditempatkan dikalangan hamba2Nya yang solehah.

No comments:

Post a Comment