Thursday, April 19, 2012

Pokok buah Jambu Batu dan saya

Ada cerita disebalik buah jambu batu :). kenangan saya masa kecik2. tersenyum sorang diri bila mengenangkan kenakalan saya dolu2 kala. cerita ni di alkisahkan masa umur saya 7 tahun. waktu bulan puasa. balik dari kelas fardhu ain. terjelir lidah sebab haus (padahal dh penuh perut ngan air paip, saya teguk bila ada peluang masuk ke bilik air)..ngeh ngeh ngeh :) 
sambil merenung buah jambu batu di luar rumah..haishhhhh gerammmnye la..dh la lapo ni. jam baru pukul 5lbh. nk berbuka puasa kna tunggu lg 2 jam. adoiiii x boleh tahan... (konon nye la kan... :)..) jambu batu tu teramat2 menguji kesabaranku.. ishhhhh x blh jadi ni... okey xpe..sabar ajer la ye..my b next time (sambil dlm kpala memikir mcm mana nk "smuggle" buah tu tanpa pengetahuan mak. ihikkkk 
keesokan hari, saya tengok buah jambu batu tu dah berbalut ngan surat khabar...alamakkkk..mak ni macam tau2 je buah tu tunggu masa jek nk di smuggle.. :), yang tak tahan nye :). Mak tahu berapa biji buah kesemuanya pada pokok tu. sebab mak dah kira awal2. ye la..dia tau la, kpala otak anak dia ni macam mana..hahha.. haishhhhhh gerammnye la... tgk jam, lambatnye la nk berbuka, saya pun dengan senyap2 berjalan menuju ke arah pokok jambu tu, konon2nye nk survey, dh masak lum.. bukan nk makan pun kann.. :) pandang ke kiri, pandang ke kanan..ooooo..mak tak nampak... saya berpaut pada dahan kecil pokok jambu batu tu, saya bukak sikit balutan surat khabar, saya gigit buah jambu batu tu tanpa memetiknya dr pokok...haaaaaaaaaaa...legaa... bukan nk makan kenyang2 pun, setakat nk lepaskan hajat je..hahha.. pastu, saya bungkus semula, elok2..harap2 mak tak perasan :) ngeh3... esoknye, mak tanya saya...ape bnda la yang makan buah jambu ni, ada kesan gigi.. Tak semena2 saya menjawab..lembu kot mak yang makan jambu tu.. pastu mak cakap..agaknye la..Lembu kepala hitam..hahhah... (padahal, mak tau la keje sape tu) hahha..adoiii..saya mmg tak boleh lupa kejadian ni, hingga sekarang bila sy terpandang jambu batu, saya akan teringat kisah ni. xpi, pokok jambu batu tu dah xde sekarang. sbb tanah tu dh diturap dengan tar. dah jadi lapang depan umah..

Mak saya

Ini gambar terakhir bersama Mak saya:


Konvokesyen Pertama dan terakhir saya waktu hayatnya Mak..Saya menerima Diploma Pengajian Islam Dakwah dan Pengurusan dan melayakkan sy menyambung pelajaran dalam bidang Pengurusan Perniagaan.   Gambar ni bertarikh 27 Jun 2003.. 3 tahun sebelum kembalinya Mak ke Rahmatullah.. dan Tahun 2007, setahun selepas Mak pergi, sy sekali lagi menerima segulung Ijazah. Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan dengan Kepujian. tapi, saya tak dapat menghadiri majlis tersebut kerana masalah kesihatan..
sedih bila teringat kenangan sewaktu arwah terlantar sakit. tiada siapa yang tahu kesakitan beliau. hanya dirinya dan Allah yang tahu. kesian.. setiap kali saudara mara, sahabat handai yang datang menziarah Mak, mereka akan menangis. Betapa kuatnya semangat Mak berjuang untuk terus hidup.
Saya tak berhajat untuk ambil gambar Mak sewaktu dia sakit. sebab saya tak sanggup melihat kesakitan dia. penyakit yang hingga kini kami tak tahu, namanya. dokter mengklasifikasikan sebagai barah urat. tapi, effect kepada breast utamanya. dan akhirnya berjangkit hampir keseluruhan badan. setelah setahun berulang alik ke HTAA Kuantan, Mak ambil keputusan untuk berubat kampung. Almaklumlah, orang2 tua tak tahan asyik ulang alik ke hospital, lepas satu2 sel diambil, xpi x dpt kesan apakah penyakit. Berubat kampung pun Mak tak pernah jemu. Dengar aje, org d kg sana pandai ubat, Mak pegi. saya sempat menemani Mak berubat sekali sebab sy masih belajar waktu itu. ikutkan hati, saya nk resign aje dr belajar. xpi, Mak Tak Kasi.
hanya tingggal 1 semester aje masa itu. saya tak pernah henti berdoa, moga Mak akan sembuh. sy nak mak dapat merasai hasil dr kejayaan saya.
akak ipar saya, korbankan diri dan kerjayanya kerana menjaga Mak. walaupun Mak hanya ibu mentuanya, xpi tak pernah terlintas dihatinya, ia sebagai menantu. malah sebagai anak. Mak pun tak pernah anggap akak sebagai menantu, tapi lebih dr anak sndri. terima kasih atas jasa akak menjaga Mak. tak terbalas jasa itu..
seminggu sebelum Mak pergi, pergi meninggalkan kami, saya sempat tidur dengan Mak. walau Mak hanya baring atas tilam bujang waktu itu, saya blh tido atas tilam yang sama. hingga ke pagi, tangan saya tak pernah renggang dr memegang tangan Mak yang sudah bengkak. effect dr breast dia. setiap kali Mak terjaga dan bergerak, tangan saya akan secara automatik memicit2 lengan Mak. Ya Allah, rindunya saya pada Mak. Memandikan dia waktu dia tengah sakit. Hanya hati ini yang tahu.. Tak boleh pegang sebarangan, tak boleh tersalah angkat. salah pegang, salah angkat, darah akan memancut keluar dr breast mak. Alangkah sedih hati. xpi, semangat Mak kuat. tak pernah saya dengar mak mengeluh sedikit pun. tangan x pernah lepas dari memegang tasbih.  3 hari sebelum Mak meninggalkan kami untuk selamanya, saya sempat mencuci najis Mak, saya perasan najisnya bewarna putih, xpi saya tak terfikir mak akan pergi meninggalkan kami waktu terdekat. saya  teringat, saya menyuap mak nasi. baru sesuap, Mak dah kenyang. saya memaksanya Makan hingga 3 suap. berpeluh2  mak waktu itu, sebab perutnya dah tak boleh terima makanan. tapi, disebabkan saya, Mak gagahkan untuk nganga dan menelan nasi.
Jam 9 pagi: 10.1.2006 hari raya haji pertama dan terakhir untuk Mak, Mak asyik memandang jam. asyik bertanya "lambat lg ke akak balik??? "akak balik kg di jerantut. mak minta supaya akak beli Pampers sbb Mak taknak susahkan kami untuk angkat dia ke tandas.. saya telefon akak sulong saya, minta belikan pampers sbb akak balik lambat. sambil berbual2 dengan mak, sekali sekali saya memicit2 jari dan kaki mak. kaki mak sejuk macam ais. saya bakarkan tungku batu supaya kaki tak sejuk. tapi, mak cakap dia tak sejuk pun.. saya selimut kaki mak, masa tu mak redho je apa yang sy buat, sbb kaki mak dah tak mampu nak gerak. tak terfikir lagsung dlm kpala saya, hari ini adalah hari terakhir mak. Hari ni juga merupakan cuti terakhir saya dan "memaksa" diri untuk pulang ke Kampus. saya memalaskan diri. tapi dengar suara mak..masih terngiang2 suaranya "balik la adeqq, mak ada ke tak ada, belajar sampai habis, awak ada ke tak ada, klu mak mati, mak mati jugak"... sedihnya hati aku.. sambil iron baju, saya nangis. tapi saya cuba sorok air mata supaya Mak tak nampak. bila kak long saya sampai sambil membawa pampers mak, mak panggil saya... Kali akhir, Mak minta saya pakaikan pampers untuk dia. sedangkan kak long ada disebelahnya. dia tetap minta saya yang pakaikan :(. mungkin sbb kak long tak menjaga mak. hanya saya dan akak sahaja yang tau dimana dan bgmana untuk uruskan mak.
saya bersiap2 untuk menaiki bas. tiket pukul 5. tapi..4.30. saya masih di rumah. berat benar hati ini untuk melangkah.. abang saya dan akak baru sampai dr jerantut, sempat saya memeluk akak sebelum melangkah keluar dan akak berjanji akan bgtau sy dengan segera kalau apa2 berlaku pada mak. dalam perjalan pulang ke kampus, Jam 6 ptg,  sy terima mesej dari akak, keadaan mak semakin kronik. nafas mak mula tersangkut2 dan mak dah tak boleh bercakap. hanya terdengar nafas yang tersekat2. Ya allah...saya menahan tangis dalam bas. tapi, saya tak mampu.. rakan yang berada di sebelah kerusi saya waktu itu, cuba menenangkan.jam 9.15mlm, saya terima panggilan, Mak telah pergi meninggalkan kami untuk selamanya, alhamdulillah, Mak pergi tika abah berada disampingnya. abah tak pernah sedikitpun meninggalkan Mak, waktu nafasnya mula tersekat2..perginya mak dengan redho seorang suami.. walaubagaimanapun, saya masih sempat merenung wajah Mak sebelum Mak dikebumikan. Alhamdulillah. Hanya kami adik beradik dan ipar2ku sahaja yang memandikan mak, dengan dibantu oleh seorang makcik yang biasa menguruskan dan memandikan jenazah..  Allah telah memudahkan urusan ku untuk tiba di kampung tepat pada masanya. kini, kenangan mak, selamanya dihati kami. moga Roh mak ditempatkan dikalangan hamba2Nya yang solehah.

Wednesday, April 18, 2012

merapu aje

holla holla... nape tetiba tayang gambar bunga n pasu ni ha... ni saya amek dr rumah kg.Barang2 Arwah mak yang dijaga rapi ni buat saya sayang nk tinggalkan kat kg. nipis sesangat dan mudah pecah. xpi, alhamdulillah, Takar ni dah berpuluh2 tahun hayatnya. ahhhh... tak de stori pun sebenarnya..justtt boringg..boring la terperap kat rumah..Nak keluar pun xdok mood, x dok tujuan. maklum la sy ni bukan yang suka shopping. nak window shooping pun x brape nk happening. sebab mungkin dari kecil sy tak diajar dengan duit..kottt :) tapi, yang tak dinafikan sy memang la Mata Dollar.. Ringgit2 ni x main ler..hahha.. ye la... kena la cakap dengan "meninggikan"diri.. makin banyak cakap, banyak dapat..kannnn (konon la). alhamdulillah kalau dapat dollar banyak2..wink wink~~ 


Sunday, April 1, 2012

Ya Rabb..

Ya Allah Ya Tuhanku,aku memanjatkan doa padaMu. “Ya Allah, aku datang padaMu,  lelah dan sarat beban yang berat. Berikanlah damai cahaya, keindahan dan ketenangan kepadaku  Berikanlah kesejukan jiwa dan hatiku, Aku datang untuk mengadukan kesepian dan rasa sakit dalam hati dan diriku.”
Aku mohon Ya Allah, Kau sembuhkan luka hatiku, Huburkan hatiku dengan CintaMu. Ya Allah, Kau berikan kekuatan dan kesabaran kepadaku dalam menempuh ujianMu dalam mengarungi kehidupan ini.
Kau berilah tempat yang paling bagus kepada mereka yang menganiaya hidupku, Hanya Engkau yang layak mengadili mereka dan diriku.Ya Allah ya Tuhanku, berilah aku kesabaran hati, kesabaran jiwa berilah aku ketenangan hidup, Tolonglah aku Ya Allah, berikan aku kekuatan hati dalam mengharungi musibahMu, Ya Allah, jika Engkau mentakdirkan apa yang ada ditanganku ini milikku, Maka eratkan genggaman tanganku supaya ia tidak jatuh ke tanah dan jika Engkau Takdirkan Ia Bukan Milikku, maka leraikan genggaman tanganku ini, agar aku melepaskan ia dengan selamat, tanpa mencacat celakan ia..Bantulah hambaMu ini Ya Allah... aminnnn Ya Rabb..