Monday, May 9, 2011

Kek Alunan Kasih


Wahhh
Kek lagi!!! :)
Projek ari ni mengKEK alunan kasih..entah..mcm alunan ombak pun ye jugak..ni 1st kek yang saya buat guna oven. selama ni asyik kukus jek.. tak sukaguna oven sebab hati tak tenteram..takut terhangit..ni pun tak berapa nak lulus, tapi boleh la saya nak share resepi..


bahan-bahan:
5 biji telur
1 1/2 cawan butter
2 1/2 cawan tepung gandum (ayak dengan baking powder)
2 cawan gula halus
1 sudu kecil baking powder
1/2 cawan susu cair
1 sudu kecil esen vanilla
serbuk koko
pewarna (saya guna merah dan oren brand nona)
tapis teh halus untuk ayak serbuk koko

cara-caranya:
pukul butter dan gula hingga kembang. masukkan telur satu persatu. pukul hingga ringan dan gebu. masukkan esen vanilla, susu cair dan tepung gandum sikit demi sikit. bahagikan kepada 3 bahagian dan masukkan pewarna. saya guna warna merah, oren dan warna asal. masukkan adunan pertama ke dalam loyang yang telah disapu dengan butter. kamudian ayak serbuk koko di atas permukaan lapisan pertama. masukkan adunan yang ke dua dan ayak lagi serbuk koko. masukkan adunan yang terakhir. jangan risau. serbuk koko tidak akan terangkat.. masuk ke dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu dan bakar selama 30minit @ hingga masak pada suhu 170C..

tapi saya punya kek ni tak berapa comel sikit. ada sikit lopong2 dan serbuk koko sedikit tebal masa saya masuk adunan dalam loyang yang saya tak perasan.


Wednesday, May 4, 2011

Mango Puding Trifle

Projek ari ni nak cuba buat Puding Trifle pulak.. frust ari semalam try buat Kek Puding Karamel, tak menjadi..eeee...memang geramm pudingnya jadi..tapi kek nye ntah jadi ape ntah.. tak xpe, next time saya nak 
lagi buat kek puding karamel sampai betul2 jadi.
alamak..lapisan bawah dah tertutup dengan puding pulak..hik hik hik...
saya buat perisa mangga..guna bahan yang ada jek.. atas tu saya tabur je dengan lebihan fruit koktail... serius sedap... cubalah nanti ye.. saya share resepi kat sini;

Bahan2:
1 tin fruit koktail
kristal jelly (saya guna perisa manggo)
1 tin susu cair + 2 cawan air+ 7 sudu besar gula
4 sudu besar tepung kastard + 1 cawan air
whipping cream

Cara2nya:

lapisan 1;
Swiss Roll dipotong dan disusun di lapisan bawah..kamudian tuang air fruit koktail supaya kek menjadi lembap.

lapisan 2:
1 tin susu cair +2 cawan air + 7 sudu besar gula ( dimasak atas api hingga mendidih) kamudian masukkan (4 sudu tepung kastad yang telah dibancuh dengan 1 cawan air). kacau hingga likat dengan api yang perlahan. tuang atas lapisan 1.

lapisan 3:
Tabur fruit koktail atas lapisan ke 2

lapisan 4:
masak jelly mengikut arahan pada kotak jelly tersebut. sejukkan sebentar dan tuang atas lapisan 3

lapisan 5:
putar whipping cream hingga kembang dan masukkan whipping cream sebagai topping. kalau nak cantik, piping menggunakan nozel. dan hiaslah dengan buah spt strawberry atau apa sahaja yang anda suka.