Friday, February 4, 2011

Maksud di sebalik kata2 seorang wanita =)



Kalau wanita bertanya: Lawa ke budak perempuan tu?
Makna tersembunyi: Siapa yang paling lawa? Aku ke, budak perempuan tu?

Kalau wanita bertanya: Awak dah makan ke belum?
Makna tersembunyi: Jom pergi makan. Lapar ni!

Kalau wanita berkata: Lawa-lawa la baju kat sini...
Makna tersembunyi: Belikanlah untuk aku.

Kalau wanita berkata: Rasa macam nak pening la.
Makna tersembunyi: Tolongla picit kepala.

Kalau wanita berkata: Letihnya hari ni. Mana nak masak, basuh kain-baju lagi...
Makna tersembunyi: Makan kat luar jelah. Lepas tu, tolong basuh kain-baju sekali.

Kalau wanita berkata: Kita lebih sesuai berkawan saja.
Makna tersembunyi: Aku tak nak kat kau. Tak paham-paham ke?!

Kalau wanita berkata: Saya suka berkawan dengan awak. Awak baik, memahami …bla bla bla...
Makna tersembunyi: Minat sesangat kat awak la... Rasa macam nak jadi awek awak je.

Kalau wanita bertanya: Awak pernah tak teringatkan awek awak yang dulu?
Makna tersembunyi: Kalau nak gaduh, kalau berani sangat, sebut la nama dia depan aku.

Kalau wanita berkata: Saya sanggup berkorban demi kebahagiaan awak.
Makna tersembunyi: Amboi! Aku kena berkorban. Habih, korang dua ekor yang seronok.

Kalau wanita berkata: Saya tak kisah kalau memang betul awak nak kahwin lagi satu. Asalkan awak berterus-terang dengansaya, bersikap jujur dan berlaku adil.
Makna tersembunyi: Sapa kata aku tak kisah? Adil ke tak adil, aku tak kira! Langkah mayat aku dulu sebelum nak menikah lagi satu.

 

No comments:

Post a Comment